awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu

Bernama
Bernama
02/06/2022
00:15 MYT
Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Teleport mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu iaitu Augustus Ralph Marshall (kiri) sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif dan Olivier Petra, pengarah bebas bukan eksekutif (kanan). - Foto Teleport
KUALA LUMPUR: Teleport, cabang logistik Capital A Bhd sudah bersedia untuk mempercepat operasinya susulan daripada aktiviti rancak pelancongan dan kapasiti kargo pesawat penumpang di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa juga akan membolehkannya menjalankan operasi sepenuhnya.
"Ini terbukti dengan peningkatan hasil menerusi kapasiti kargo serta kuantiti penghantaran kami yang meningkat sebanyak 60 peratus suku ke suku, yang membolehkan kami mencapai keuntungan dalam penghantaran rentas sempadan pada bulan Mac.
"Kami berusaha untuk memastikan kami berada di hadapan dengan kelebihan daya saing kami dalam rangkaian dan teknologi yang menjadi teras utama.
"Kini masa yang sesuai untuk kami menggandakan misi kami menghubungkan lebih banyak rangkaian di Asia Tenggara dan melaksanakannya lebih pantas berbanding orang lain," kata Pete dalam satu kenyataan.
Tahun lepas, perolehan Teleport meningkat 58 peratus kepada RM147 juta tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya daripada pelaburan dalam rangkaian pengangkutan kargo dan tumpuan berterusan dalam penghantaran e-dagang.
Sementara itu, syarikat tersebut juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu.
Ia melantik Augustus Ralph Marshall sebagai pengerusi bebas bukan eksekutifnya. Ralph juga kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd (DNB).
Teleport juga melantik Olivier Petra, pengarah bebas bukan eksekutif. Olivier merupakan ketua global rantaian bekalan dagangan digital di Unilever.
Ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik itu akan menyertai Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun, Hanim Hamzah, Bo Lingam, Colin Currie dan Pete untuk menyelia hala tuju strategik syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teleport
#ahli lembaga pengarah
#pengangkutan kargo
#pesawat penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan