KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi menjelang 2022 menerusi belanjawan pengembangan yang diumumkan Jumaat lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.
Beliau ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Bloomberg hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengurangkan kerencatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi kepada trajektori jangka sederhana.
"Tidak sewajarnya kita berhenti terlalu awal, kita mahu memastikan bahawa kesan ekonomi diminimumkan dan pertumbuhan ekonomi kembali kepada trajektori jangka sederhana.
"Daripada segi pembiayaan hutang, kita mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran. Jelas sekali, kita mempunyai asas pelabur yang pelbagai dan kita yakin bahawa pembiayaan hutang atau bon dapat dikumpulkan secara domestik," katanya.
Di bawah belanjawan terbesar yang bernilai RM332.1 bilion, kerajaan telah memperkenalkan cadangan cukai melalui Bajet 2022 seperti cukai kemakmuran, kajian semula cukai keuntungan hartanah termasuk pengenaan cukai khidmat ke atas perkhidmatan penghantaran bagi melonjakkan pendapatannya.
"Memang kita telah mengumumkan satu cukai khusus iaitu cukai kemakmuran, yang merupakan cukai sekali sahaja. Ia hanya melibatkan peningkatan cukai (kutipan) secara marginal yang merangkumi lebih daripada 230 syarikat besar yang tersenarai di bursa saham, yang telah mencipta laba berlebihan semasa pandemik.
"Ia adalah cukai progresif sebanyak 9.0 peratus. Jadi ia bukan jumlah yang besar dan ini adalah untuk membantu membiayai pakej penjagaan kesihatan semasa pandemik COVID-19," kata Tengku Zafrul.
Beliau juga menolak tanggapan bahawa pengenalan cukai kemakmuran bukan bersifat mesra perniagaan, dengan menjelaskan bahawa pasaran akan menyesuaikan diri dengan pengumuman itu.
"Saya tidak bimbang (tanggapan). Jika kita melihat di mana kita berada hari ini, jika anda melihat kekuatan mata wang dan ekonomi, dan seperti yang telah saya katakan, cukai progresif (akan) hanya melibatkan 230 syarikat tersenarai.
"Jika anda tengok kepada sektor perniagaan, kita telah memberikan pakej bantuan sebanyak RM40 bilion dan kita juga mempunyai program bernilai RM4.8 bilion membabitkan pekerjaan, ini menjamin 600,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kita perlu melihatnya secara holistik dan fokus utama sekarang adalah kepada ekonomi serta mewujudkan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, kerajaan yakin dengan ekonomi pada 2022, yang bakal didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh dengan anggaran pertumbuhan antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun tersebut.
Setakat ini, 75 peratus daripada keseluruhan populasi yang merangkumi lebih 90 peratus penduduk dewasa Malaysia telah menerima vaksin
Tengku Zafrul berkata dasar fiskal dan monetari Malaysia masih akomodatif dan kerajaan sedang berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2022 berbanding 6.5 peratus tahun ini.
"Masih ada ruang untuk kita gunakan dan dalam belanjawan, kita mengandaikan harga minyak berada pada sekitar US$66 setong dan seperti yang anda tahu (sekarang) ia telah naik lebih tinggi daripada itu. Langkah-langkah cukai baharu ini pun tidak dimasukkan dalam aliran pendapatan negara pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
Tengku Zafrul berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi menjelang 2022 menerusi belanjawan pengembangan yang diumumkan Jumaat lepas. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (8 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni untuk semua.
AWANI Ringkas: Kebersihan kantin MRSM Taiping | Isu pensijilan halal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [8/9/2024] - Terlalu banyak bayaran kelulusan | Bukan pendirian Pakatan Harapan | Teresa Kok sentuh sensitiviti umat Islam
Kadar tol mungkin boleh diturunkan, jika tiada rasuah dan ketirisan.
Kenyataan Teresa Kok hanya keruhkan keadaan, kata PM.
Polis buka kertas siasatan, ikut SOP 3R terhadap Teresa Kok.
Teknologi AI boleh jana RM625 bilion menjelang tahun 2030.
Kenyataan Teresa Kok hanya keruhkan keadaan, kata PM.
Polis buka kertas siasatan, ikut SOP 3R terhadap Teresa Kok.
Teknologi AI boleh jana RM625 bilion menjelang tahun 2030.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
#AWANIRingkas 8 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 September 2024
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Noor Ainaa tamatkan kemarau 17 bulan tanpa gelaran
Pemain berusia 22 tahun itu meraih gelaran ketiga dalam kariernya dengan menewaskan Hana Ismail dari Mesir 11-9, 11-4, 11-7.
Pastikan anak-anak dihantar ke taska berdaftar di bawah JKM - KPWKM
Orang ramai boleh memperoleh senarai taska berdaftar melalui semakan di laman sesawang JKM di www.jkm.gov.my.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.
PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari ini disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan yang menyokong sentimen serantau.
SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih
Inisiatif pengurangan kompaun itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal.
Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan
KDNK China mencecah RMB28.49 trilion (kira-kira RM18.36 trilion) pada suku pertama 2023, menokok 4.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF
Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023.
Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.
Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution
Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.