awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul puas hati KDNK, bukti banyak keputusan betul

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2022
11:38 MYT
Tengku Zafrul puas hati KDNK, bukti banyak keputusan betul
Tengku Zafrul (tengah) semasa sidang akhbar di Ijok pada Jumaat. - Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpuas hati dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kepada 14.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini.
Tengku Zafrul berkata, pertumbuhan itu disokong dengan dasar dibuat semasa krisis COVID-19 yang membuahkan hasil.
Ujar beliau, pertumbuhan itu juga berita baik kepada ekonomi negara berikutan sektor perniagaan semakin berkembang dan peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
"Sebab itu pengangguran pun berkurangan kepada 3.6 peratus pada bulan September 2022 yang mencatatkan kadar terendah sejak pandemik COVID-19 pada Mei 2020 sebanyak 5.3 peratus," katanya dalam sidang akhbar di Ijok di sini, pada Jumaat.
[TERKINI] Malaysia catat KDNK 14.2% pada suku ketiga 2022
Tengku Zafrul memaklumkan, dalam tempoh sembilan bulan ini juga, ekonomi negara meningkat 9.3 peratus iaitu pertumbuhan tertinggi sejak tahun 2000.
"Pakej rangsangan dan sokongan semasa pandemik sahaja bernilai keseluruhan RM530 bilion untuk membantu rakyat dan perniagaan," katanya.
Tengku Zafrul berkata, jumlah pakej rangsangan itu tidak termasuk Bajet 2021 dan 2022 dengan nilai keseluruhan lebih RM654 bilion.
"Bukan senang mengurus ekonomi waktu pandemik disebabkan ruang fiskal yang sempit.
"Kita laksanakan banyak dasar, tak pernah dibuat oleh mana-mana negara sebelum ini seperti moratorium bersasar dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," kata beliau.
Tengku Zafrul memberitahu, kementeriannya perlu mengimbangi antara menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat.
"Alhamdulillah, pencapaian KDNK ini membuktikan banyak keputusan yang dibuat adalah betul.
"Kita perlu bekerja lebih keras sekarang untuk memastikan rakyat boleh hidup dengan lebih selesa terutama apabila ekonomi dunia dijangka perlahan tahun depan," kata beliau. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KDNK
#Tengku Zafrul
#Moratorium
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan