KUALA LUMPUR:TFX Islamic Sdn Bhd melancarkan platform pembiayaan rantaian bekalan yang inovatif untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Platform TFX Islamic itu menawarkan perkhidmatan menyeluruh “supply chain finance” (pembiayaan rantaian bekalan) antara sempadan yang berasaskan Syariah.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, syarikat berkenaan berkata ia sedang giat menerokai pasaran untuk menawarkan platform tersebut untuk membantu perusahan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi tinggi melonjakkan kegiatan perniagaan yang terkesan dari situasi kegawatan ekonomi dan penularan COVID-19.
Menerusi platform itu juga, sesebuah syarikat boleh berjimat berpuluh juta ringgit dari segi pengendalian kewangan, hanya dengan mengimplimentasikan “supply chain financing”.
“Kami rasa bahawa platform ini telah dilancarkan pada waktu yang tepat sekali. Pengoptimuman tunai dan modal kerja adalah asas utama untuk mana-mana syarikat. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang berlaku secara mengejut, keadaan ekonomi pastinya akan terjejas untuk jangka masa yang terdekat ini.
"Untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan perniagaan, perusahan kecil dan sederhana yang berdaya tahan memerlukan sokongan untuk pulih dari senario ini.
"Kami berharap untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana yang berpotensi tinggi untuk mempermudahkan operasi kewangan dan proses yang kompleks untuk beralih dari kedudukan modal kerja mereka dan meningkatkan perniagaan mereka ke tahap berikutnya. " ujar Ketua Pegawai Eksekutif TFX Islamic Sdn Bhd Norita Ja’afar.
Katanya, sebagai bekalan rantaian kewangan yang unik, pihaknya menghubungkan rakan kongsi perniagaan serta membina sistem pengurusan penjual, menghubungkan pembeli dan penjual, serta institusi kewangan.
Paling penting katanya, semua itu dilakukan dengan mempertimbangkan keselamatan, ketelusan, dan kemudahan yang menjadikannya mesra pengguna, sementara mengurangkan tahap risiko.
Platform TFX Islamic juga disokong oleh sistem penilaian kredit proprietari tersendiri, yang menilai perniagaan secara holistik mengikut metodologi syariah.
“Di TFX Islamic, kami komited untuk menjadi pemangkin untuk keuntungan, manusia dan bumi (“profit, people and planet”) pada situasi yang tidak menentu ini.
"Kami berharap agar dapat menjadi pemangkin secara tidak langsung untuk “bottomline profits”, melancarkan peralihan ke arah norma baru yang dihadapi semua, sambil memelihara bumi ini menjadi tempat yang lebih selamat. Kami mempunyai syarikat induk, Seabridge TFX Singapura sebagai sebahagian daripada perjalanan ini," tambah Norita.
Justeru, kepada mereka yang memerlukan bantuan perniagaan dari segi modal kerja dan keperluan bekalan rantaian kewangan, boleh melayari https://www.tfxislamic.com/ untuk maklumat lebih lanjut mengenai TFX Islamic.
Astro Awani
Tue Nov 10 2020
Ketua Pegawai Eksekutif TFX Islamic Sdn Bhd Norita Jaafar berkata, platform tersebut dilancarkan pada waktu yang tepat sekali. - Foto ihsan TFX Islamic
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
TFX Islamic lancar platform pembiayaan rantaian bekalan berasaskan syariah
Ia menawarkan perkhidmatan menyeluruh bekalan rantaian kewangan antara sempadan yang berasaskan Syariah.