awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan jalan perniagaan dengan Korea Utara - Mustapa

Bernama
Bernama
02/03/2017
22:00 MYT
Tiada sekatan jalan perniagaan dengan Korea Utara - Mustapa
MUSTAPA: Tiada sekatan perdagangan dikenakan ke atas syarikat Malaysia yang mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat Korea Utara atau di sini. - Gambar fail
Tiada sekatan perdagangan dikenakan ke atas syarikat Malaysia yang mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat Korea Utara atau di negara ini meskipun kejadian pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan kerana ia terserah sepenuhnya kepada syarikat swasta.
"Malaysia bukan sebuah ekonomi negara dan (perdagangan dengan Korea Utara) dipacu oleh sektor swasta.
"Saya percaya tidak banyak syarikat swasta Malaysia yang beroperasi di Korea Utara.
"Jadi, kita serahkannya kepada mereka (syarikat Malaysia) untuk membuat penilaian mereka sendiri bagi risiko dan peluang," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2016, di sini, hari ini.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara pada 2016 turun kepada RM18 juta daripada RM22 juta pada 2015. Perdagangan kebanyakannya dalam barangan komoditi.
Ditanya sama ada kes Kim Jong Nam baru-baru ini akan memberi impak kepada perdagangan dua hala Malaysia-Korea Utara pada masa depan, Mustapa berkata kesannya dijangka tidak ketara.
"Perdagangan antara Malaysia dan Korea Utara adalah kecil tidak seperti Korea Selatan yang besar.
"Hampir tidak ada sebarang pelaburan dari Korea Utara, jadi hubungan ekonomi kita dengan Korea Utara tidak begitu penting.
"Dari sudut pandangan itu, ia sepatutnya tidak membawa sebarang kesan menyeluruh kepada hubungan ekonomi Malaysia-Korea Utara," katanya.
Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh oleh dua wanita yang menyimbah bahan kimia ke mukanya di balai pelepasan KLIA2 pada 13 Februari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Kim Jong-nam
#KLIA2
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan