awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi laluan gerak dipasang di klia2 hujung tahun ini

Bernama
Bernama
19/08/2014
07:44 MYT
Tiga lagi laluan gerak dipasang di klia2 hujung tahun ini
Datuk Mohd Badlisham Ghazali
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk memasang tiga lagi laluan gerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menjelang hujung tahun ini.
Laluan gerak merupakan kemudahan bergerak yang membolehkan penumpang berjalan di atasnya atau sekadar berdiri.
Pengarah Urusan Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata operator lapangan terbang itu merancang memasang lebih banyak laluan gerak bagi membantu penumpang dan sehingga kini sebanyak empat telah dipasang.
"Kita hanya memperoleh tiga lagi disebabkan kekurangan bekalan.
"Laluan gerak ini bukan sesuatu yang anda boleh beli begitu sahaja di pasaran...vendor global juga menerima tempahan dari tempat lain bukan lapangan terbang ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta 10 vendor.
Badlisham menandatangani MoU itu bagi pihak MAHB.
Beliau berkata laluan gerak baharu itu akan dipasang di kawasan paling kritikal untuk pengguna, terutama di kawasan pelepasan dan ketibaan.
"Ini antara komitmen kami dalam mempertingkat keselesaan pelanggan selain sebahagian daripada operasi menguruskan lapangan terbang.
"Alat ini satu keperluan dan (kos) ditanggung oleh kami," katanya ketika ditanya mengenai pelaburan, dan memberitahu MAHB merancang untuk menambah bilangan laluan gerak itu kepada 15 buah di klia2 tahun depan.
Sementara itu, Badlisham berkata MAHB memerlukan sekurang-kurangnya lima vendor bumiputera bagi menyertai program vendornya tahun ini, susulan peningkatan trafik penumpang.
"Kami memerlukan lebih banyak firma untuk membantu kami dan ini termasuk peringkat runcit.
"MAHB berhasrat untuk memupuk pemain lain yang boleh membekalkan keperluan pejabat korporat kami serta lapangan terbang," katanya sambil memberitahu syarikat itu merancang menambah 17 lagi vendor tahun depan.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Badlisham Ghazali
#KLIA2
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan