KUALA LUMPUR: TIGA pameran perdagangan antarabangsa berskala besar yang bakal berlangsung serentak di ibu negara Disember depan dijangka mampu menjana impak ekonomi Malaysia bernilai lebih RM170 juta.
Acara berkenaan terdiri daripada Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-17; Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia ke-33 (MIMF) dan Pameran Penjenamaan Malaysia Pertama (MyBrands) yang diadakan bersama Pameran Eksport Zhejiang kelapan (Malaysia) 2022.
Ketua Pegawai Operasi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Noor Ahmad Hamid berkata, acara yang akan melibatkan delegasi terbesar dari China itu akan memberi peluang kepada pemain industri tempatan menerokai pasaran antarabangsa.
Menurutnya, pameran tersebut mampu menjana impak pertumbuhan ekonomi yang sangat positif seiring dengan pembukaan sempadan negara ketika fasa peralihan endemik COVID-19.
"Persatuan Perhubungan Perdagangan Antarabangsa China Malaysia (Macita) selaku penganjur utama acara-acara ini memberi sasaran lebih kurang 250 pempamer dari China sendiri... itu tidak termasuk sasaran dari negara-negara lain.
"Tentunya apabila kita bercakap mengenai pameran terutamanya perniagaan, ini akan merancakkan pelaburan dan ekonomi kepada negara dan pertukaran mata wang asing.
"Ini menjadi peluang kepada industri tempatan untuk meningkatkan pengetahuan kerana China merupakan ekonomi terbesar di dunia.
"Justeru, kita jangka nilai bagi penjanaan impak ekonomi menerusi acara-acara ini dianggarkan lebih kurang RM170 juta ke atas," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prapelancaran pameran berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Noor Ahmad menambah, selain delegasi China, turut terlibat adalah pempamer terdiri dari Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Taiwan, Indonesia dan Filipina.
Katanya, pameran yang berlangsung akan melibatkan 3,000 pembeli dan 30,000 pengunjung dari serata dunia.
Sementara itu, Presiden Macita, Datuk Chong Chong Tik berkata, selaras dengan pameran perdagangan norma baharu, acara pameran akan diadakan dalam format hibrid, iaitu menggabungkan penyertaan secara fizikal dan dalam talian.
"Terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) atas sokongan penuh penganjuran acara-acara ini.
"Dengan inisiatif Geran Pembangunan Pasaran (MDG) mampu menggalakkan penyertaan pempamer dengan disokong oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan termasuk kerjasama daripada gabungan 100 persatuan," katanya.
MIBS ke-17 serta MyBrands dan Pameran Eksport Zhejiang ke-8 (Malaysia) 2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 Disember ini manakala, MIMF (1 hingga 3 Disember) berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 03 2022
Naim menyerahkan cenderahati kepada Noor Ahmad (tiga dari kiri) disaksikan oleh Chong Tik (kiri) ketika majlis prapelancaran pameran-pameran perdagangan antarabangsa yang bakal berlangsung Disember depan. -Foto Sinar Harian
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Tiga pameran perdagangan antarabangsa sasar jana RM170 juta
Pameran tersebut mampu menjana impak pertumbuhan ekonomi yang sangat positif seiring dengan pembukaan sempadan negara ketika fasa peralihan endemik COVID-19.