awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan berhemah kerajaan berhubung subsidi RON95 dorong ringgit ditutup tinggi

Bernama
Bernama
22/09/2025
11:51 MYT
Tindakan berhemah kerajaan berhubung subsidi RON95 dorong ringgit ditutup tinggi
Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1945/2040 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2115 ketika ditutup pada Jumaat. - Foto hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh sentimen pasaran yang positif berikutan langkah rasionalisasi subsidi RON95 yang dilaksanakan secara berhemah oleh kerajaan.
Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1945/2040 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2115 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah rasionalisasi itu memberi isyarat tentang komitmen kerajaan terhadap penyatuan fiskal sambil kekal prihatin mengenai kesannya kepada rakyat.
"Pendekatan berhemah ini menunjukkan kerajaan bersikap pragmatik dalam usaha memperbaiki kedudukan kewangannya. Ia boleh dianggap sebagai positif kepada kredit yang seharusnya diterjemahkan kepada sentimen positif terhadap ringgit dalam jangka sederhana hingga panjang," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8364/8430 daripada 2.8419/8471 ketika ditutup pada Jumaat, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6630/6758 daripada 5.6775/6876 dan menokok berbanding euro kepada 4.9390/9502 daripada 4.9447/9536 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2688/2764 daripada 3.2744/2805, melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.1890/2243 daripada 13.1973/2271, tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 252.5/253.1 daripada 253.2/253.8, dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.37 daripada 7.36/7.38 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI95
#subsidi RON95
#Ringgit ditutup tinggi
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan