awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinggalkan tunai, gantikan dengan kad debit

Bernama
Bernama
24/10/2012
07:10 MYT
Tinggalkan tunai, gantikan dengan kad debit
Ramai rakyat Malaysia telah beralih dari penggunaan wang tunai kepada kad debit dengan kebanyakan dari mereka memilih keselesaan dan kebolehpercayaan yang disediakan oleh pembayaran elektronik. Menurut syarikat pembayaran gergasi, Visa, perbelanjaan kad debit di Malaysia telah melonjak sejak empat tahun lepas dengan peningkatan 50 peratus tahun demi tahun, mengatasi negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Sementara negara mencatatkan pertumbuhan tertinggi untuk perbelanjaan kad debit di rantau ini, negara-negara jiran yang lain kini ketinggalan di belakang Malaysia yang kini telah menerajui penggunaan pembayaran elektronik.
Peningkatan dramatik dalam penggunaan kad debit adalah satu tanda perkembangan yang dipamerkan Visa ke arah EPP4, iaitu agenda kerajaan untuk memacu negara Malaysia ke arah pembayaran elektronik dan pewujudan suatu ekosistem pembayaran bersepadu.
"Malaysia kini mengalami suatu "revolusi kad debit" dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama-sama mereka," kata Stuart Tomlinson, Pengurus Negara Visa dalam satu kenyataan hari ini.
"E-dagang kini merupakan salah satu pemacu utama bagi pertumbuhan dalam penggunaan kad debit Visa. Kami dapati terdapat peningkatan sebanyak 68 peratus perbelanjaan dalam talian dengan kad debit berbanding tahun lepas.
"Penyelidikan kami turut menunjukkan yang 80 peratus daripada responden Malaysia membeli-belah dalam talian sejak 12 bulan lepas dan keselesaan merupakan penggerak utama untuk mereka berbuat demikian," tambah beliau.
Tomlinson berkata syarikat akan terus bekerjasama dengan bank-bank di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya penggunaan kad-kad debit dan mendidik pemegang kad mengenai kelebihan pembayaran elektronik.
Topic Berkaitan
#debit
#Malaysia
#Stuart Tomlinson
#tunai
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan