Eksport produk-produk kosmetik dan kecantikan buatan Malaysian perlu dipertingkatkan ke China, berikutan permintaan yang agak tinggi dari pasaran yang mengandungi 1.4 bilion orang, kata Perbadanan Pembangunan Perdadangan Luar Malaysia (MATRADE).
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, produk kosmetik dan kecantikan menyumbang sebanyak 37 peratus daripada eksport gaya hidup di negara berkenaan berbanding 26 peratus yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2016.
Pengarah Bahagian Akses Pasaran dan Promosi Eksport untuk Farmaseutikal, Peranti Perubatan, Sains Hayat dan Gaya Hidup MATRADE, Abu Bakar Yusof, berkata eksport kosmetik dan produk-produk kecantikan Malaysia ke China masih tidak mencukupi.
Pada 2016, Malaysia mengeksport barangan kosmetik bernilai RM7.6 juta ke China atau 0.6 peratus daripada jumlah eksport negara yang berkaitan dengan produk tersebut, katanya kepada pemberita selepas seminar 'Berhubung dengan Pasaran Kecantikan China' yang dianjurkan secara bersama oleh MATRADE, Informa Exhibitions dan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia di sini pada Isnin.
Abu Bakar turut menyeru pengeluar produk kosmetik dan kecantikan Malaysia untuk menembusi pasaran China dan membuat keuntungan daripada pengembangan permintaan di pasaran tersebut, beliau juga meminta mereka menyertai Ekspo Kecantikan China (CBE) di Shanghai pada 22 hingga 24 Mei 2018.
"Memandangkan China merupakan pasaran yang luas bagi produk-produk kecantikan Malaysia, pengeluar dan usahawan tempatan perlu memanfaatkan peningkatan permintaan dengan menyertai pameran antarabangsa seperti CBE.
"Ini juga akan membantu meningkatkan eksport gaya hidup Malaysia ke China pada tahun depan, khususnya produk-produk kecantikan dan kosmetik," katanya.
Jumlah eksport kosmetik Malaysia adalah sebanyak RM796.9 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
"Pada 2016, jumlah eksport kosmetik Malaysia adalah bernilai RM1.25 bilion, naik sebanyak 1.4 peratus berbanding dengan 2015.
"Eksport utama termasuk kosmetik dan alat solek, bernilai RM513 juta, diikuti dengan peralatan mandian (RM374.6 juta) dan produk penjagaan rambut (RM169.6 juta)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
Jumlah eksport kosmetik Malaysia adalah sebanyak RM796.9 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.