KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menjangka pertumbuhan perolehannya kekal kukuh pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 sejajar dengan panduan pasaran kumpulan, iaitu antara pertumbuhan satu digit rendah hingga pertengahan.
Ketua Pegawai Eksekutif TM Group Imri Mokhtar berkata pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) kumpulan diunjurkan lebih RM1.80 bilion pada tahun ini, didorong oleh tiga jenis perniagaan TM - unifi, TM ONE dan TM Wholesale.
"Kami menjangka untuk melabur antara 14 dan 18 peratus daripada perolehan kami pada tahun ini dalam perbelanjaan modal (CAPEX), mencerminkan komitmen kami yang berterusan untuk melabur semula dalam bidang pertumbuhan, keupayaan dan pembinaan kapasiti, selain pengalaman pelanggan yang ditingkatkan," katanya pada taklimat media secara maya mengenai prestasi kewangan tahun kewangan 2021 kumpulan itu semalam.
Dalam menggalakkan kemampanan, Imri berkata TM menyelaraskan visi dan komitmen ESG (Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus) terhadap aspirasi nasional dan global.
Bagi alam sekitar, katanya TM komited untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus pada 2024, 45 peratus menjelang 2030 dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
"Mengenai sosial, TM bersedia untuk menjayakan sasaran Rangka Tindakan MyDIGITAL 2025 dengan memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada premis mempunyai akses kepada Internet berkelajuan tinggi," katanya.
Di bawah tadbir urus, katanya TM bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terus memperkasakan toleransi sifar mereka terhadap sebarang bentuk rasuah dan mengekalkan standard tadbir urus korporat yang tertinggi.
"Pada tahun ini, kami akan terus memperkasakan negara digital, dengan menyampaikan Kecemerlangan dalam Kesalinghubungan, Penyelesaian dan Pengalaman Pelanggan yang baik.
"Ini dapat direalisasikan dengan sokongan yang berterusan daripada enjin pelaksanaan terasnya; pekerja atau "Warga TM" yang berdedikasi sepenuhnya dan komited untuk menjayakan Digital Malaysia, merapatkan jurang digital dan dalam langkah, mengurangkan jurang pendapatan," katanya.
Dalam usaha untuk mengukuhkan kesalinghubungan terasnya dan melabur lebih banyak dalam digital, Imri berkata TM mempersiapkan organisasi dengan kemahiran sedia masa depan dan tenaga kerja digital, sebagai sebahagian daripada aspirasinya untuk menjadi sebuah syarikat teknologi berteraskan manusia.
"Sebagai peneraju Digital Malaysia, TM kekal teguh dalam usahanya untuk merealisasikan aspirasi digital negara. Kami komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina semula ekonomi selepas pandemik.
"Pada 2021, TM telah menunjukkan keputusan yang positif, didorong oleh Program Transformasi TM Baharu yang telah memberikan pertumbuhan secara keseluruhan dalam perolehan dan EBIT TM. Rasionalisasi kos turut meningkatkan keuntungan kumpulan dengan ketara," katanya.
Memandangkan TM memasuki tahun kedua transformasinya pada 2022, Imri berkata kumpulan mengaktifkan lebih banyak program untuk memastikan TM cepat bergerak ke hadapan sebagai syarikat pertumbuhan, dan sejajar dengan trajektorinya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
TM komited untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus pada 2024, 45 peratus menjelang 2030 dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050. - Gambar hiasan
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.
Gangguan internet: TM sahkan masalah kabel dasar laut
TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.
Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities
Katanya, sehingga kini TM memiliki tujuh pusat data di seluruh Malaysia dan menerusi kerjasama itu, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakaran Nxera bagi membangunkan pusat data terkini.
TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.
Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.
#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda
Seiring dengan pelancaran Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data 4G5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3.
TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.
TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul
TM dan YES telah persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.
Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus.