Telekom Malaysia Bhd (TM) berkata ia telah bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx.
"Kami akan mengemukakan cadangan dalam tempoh terdekat dan akan membuat pengumuman selanjutnya," ia berkata dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Sementara itu, TM akan terus menerokai pelbagai teknologi yang sesuai termasuk mengoptimumkan mekanisme industri sedia ada bagi menyampaikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik ke seluruh negara.
Rabu lalu, menurut Gobind, TM telah diminta untuk menyediakan laporan penyelesaian isu-isu berkaitan Streamyx untuk kementeriannya.
Menteri itu dalam satu kenyataan berkata, beliau yakin pengurusan baharu TM yang diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin akan dapat mencari penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi oleh Streamyx.
Menurutnya, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan TM mengenai isu-isu berkenaan dan beberapa cadangan penyelesaian sudah pun dikemukakan.
"Saya rasa keputusan muktamad telah pun dibuat dalam hal ini dan TM wajar membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat, serta mengumumkan, strategi dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan," katanya.
Gobind mengeluarkan kenyataan itu berikutan kunjungan hormat daripada Pengerusi TM Rosli Man serta Noor Kamarul Anuar yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 13 Jun lepas dan Ketua Pegawai Operasi TM Imri Mokhtar di pejabat beliau pada hari Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2019
TM akan terus menerokai pelbagai teknologi yang sesuai termasuk mengoptimumkan mekanisma industri sedia ada bagi menyampaikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik ke seluruh negara. -foto Wikipedia TM
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Kementerian Digital akan teliti struktur NAIO untuk masa depan teknologi
Kementerian Digital akan meneliti secara spesifik mengenai struktur Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini.
Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.