awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM umum RM200 juta untuk Sekolah Agama Rakyat
Kerajaan komited laksanakan reformasi institusi tahun ini - Azalina
Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara yang pernah dijajah - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes seru kerajaan di rantau Asia untuk buka sempadan

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2022
02:51 MYT
Tony Fernandes seru kerajaan di rantau Asia untuk buka sempadan
Menurut Fernandes, menutup sempadan adalah tidak logik kerana Omicron sudah berada dalam masyarakat. - Gambar fail
MOGUL syarikat penerbangan terbesar di Asia telah menyeru Kerajaan di rantau ini untuk membuka sempadan mereka demi kehidupan rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu BBC bahawa menutup sempadan adalah tindakan yang tidak logik kerana virus Omicron sudah berada di dalam komuniti.
“Ahli politik perlu berani, sudah tiba masanya untuk menarik nafas dan menilai fakta. Menutup sempadan adalah tidak logik kerana Omicron sudah berada dalam masyarakat,
“Kini, kita perlu melindungi mata pencarian dan ekonomi rakyat,” katanya ketika ditemui di Pertunjukan Udara Singapura hari ini.
Pelancongan rentas sempadan, yang menyumbang 12% daripada KDNK Asia Tenggara pada 2019, terjejas teruk susulan sekatan COVID-19.
Seperti kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, AirAsia melaporkan kerugian besar pada 2020.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa di Eropah dan Amerika Utara menikmati lantunan keuntungan pada 2021 apabila peraturan perjalanan dilonggarkan, namun jauh berbeza dengan syarikat penerbangan di Asia yang dilihat merosot lebih jauh.
"Bagi saya, membuka sempadan kita bermakna tiada kuarantin, tiada pengisian borang, tiada ujian saringan berterusan.
"Sudah tiba masanya untuk meneruskan dan menikmati kehidupan kita," tegas Fernandes.
AirAsia dalam masa yang sama beralih ke perniagaan baharu, termasuk penghantaran makanan, perbankan digital dan e-dagang, sementara kebanyakan pesawatnya masih tidak beroperasi.
Untuk mencerminkan perubahan ini, syarikat induk syarikat penerbangan itu bulan lepas telah menukar namanya daripada Kumpulan AirAsia kepada Capital A.
"Orang ramai akan sentiasa perlu terbang. Pada masa ini orang terdesak untuk menghabiskan hujung minggu di Phuket atau Langkawi atau di mana sahaja. Apabila sempadan dibuka sepenuhnya nanti, akan ada banyak revenge travel.
"Saya percaya ini adalah permulaannya. Saya pernah bercakap mengenainya beberapa kali sebelum ini, tetapi saya percaya kita sedang menuju ke arah pemulihan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Capital A
#Tony Fernandes
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan