awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakaman tular: PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil
Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan
Bekas ketua balai bomba bebas tuduhan beri kontrak kepada syarikat isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara yang pernah dijajah - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/01/2026
07:00 MYT
Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara yang pernah dijajah - PM Anwar
Anwar ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus memperjuang dan menyuarakan hak kedaulatan semua negara terutama yang pernah dijajah selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata pendirian Malaysia itu sejajar dengan kedudukannya sebagai negara sedang membangun yang sentiasa menghormati prinsip undang-undang antarabangsa.
"Menyentuh tentang kenyataan saya terkait dengan apa yang berlaku di Venezuela menunjukkan bahawa Malaysia walaupun negara berkembang, adalah negara yang bebas dan berdaulat, tunduk kepada prinsip hukum dan tatanan kerukunan antarabangsa.
"Sebab itulah kita mengambil satu pendirian yang tuntas atau konsisten sama ada di Gaza atau Venezuela... pemimpin-pemimpin kita dahulu daripada awal menentang aparteid di Afrika Selatan dan memperjuangkan kemerdekaan bagi semua negara yang pernah dijajah," katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Semalam, Anwar menyifatkan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isteri dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Caracas sebagai sesuatu yang luar biasa.
Perdana Menteri, yang meluahkan kebimbangan dengan perkembangan itu dan menyifatkan tindakan AS sebagai melanggar undang-undang antarabangsa, berkata penggunaan kekerasan terhadap sebuah negara berdaulat dengan menyingkirkan ketua kerajaan melalui campur tangan luar adalah sesuatu yang tidak wajar.
Pasukan AS telah menahan sebelum menerbangkan pasangan itu keluar dari Venezuela pada awal Sabtu lepas dalam satu operasi waktu malam dan menurut pengumuman Presiden Donald Trump, AS akan mentadbir Venezuela sehingga satu "peralihan yang selamat, wajar dan berhemah" dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#hak kedaulatan undang-undang
#Venezuela
#terkini
#Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan