Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd bagi suku keempat dan tahun penuh meningkat kepada paras tertinggi, masing-masing RM1.29 bilion dan RM1.87 bilion berikutan lonjakan permintaan bagi sarung tangan getah di peringkat global akibat pandemik COVID-19.
Bagi prestasi kewangan tahun penuh yang berakhir 31 Ogos 2020, keuntungan bersih Top Glove naik kepada RM1.87 bilion berbanding RM364.68 juta bagi tempoh sama tahun lepas, manakala perolehan meningkat kepada RM7.24 bilion daripada RM4.8 bilion.
Bagi suku keempat, keuntungan bersih Top Glove melonjak kepada RM1.29 bilion daripada RM74.17 juta tahun ke tahun manakala perolehan menokok kepada RM3.11 bilion daripada RM1.89 bilion sebelum ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove berkata permintaan bagi suku keempat adalah kukuh di Asia, Eropah Barat dan Eropah Timur dengan masing-masing mencatat peningkatan 110 peratus, 73 peratus dan 64 peratus berbanding suku keempat 2019.
Katanya, permintaan paling kukuh ialah terhadap sarung tangan nitril yang mencatat pertambahan 31 peratus tahun ke tahun, manakala sarung tangan pemeriksaan getah asli turut merekodkan pertumbuhan tujuh peratus berbanding tempoh sama bagi tahun kewangan 2019.
"Mencerminkan permintaan pasaran, harga jualan purata (ASP) turut diselaraskan ke arah peningkatan," katanya.
Harga bahan mentah bagi tahun kewangan 2020 kekal bercampur-campur berbanding tahun kewangan sebelum ini dengan harga purata bagi lateks pekat naik 2.3 peratus daripada RM4.33 sekilogram kepada RM4.43 sekilogram manakala harga lateks nitril merosot 13.3 peratus daripada US$1.13 sekilogram kepada US$0.98 sekilogram.
"Nilai perolehan kontrak bulanan syarikat dilihat mencatatkan peningkatan ketara kira-kira 150 peratus daripada tempoh pra-COVID manakala masa tunggu (penghantaran) bertambah daripada kira-kira 40 hari kepada 400 hari pada masa ini," kata Top Glove.
Katanya, aliran tunai yang baik susulan prestasi cemerlang itu membolehkan kumpulan berkenaan merendahkan peminjaman yang menghasilkan penjimatan 33 peratus dari segi kos faedah.
"Sepanjang tahun kewangan 2020, aliran tunai bersih daripada aktiviti-aktiviti operasi adalah RM3.17 bilion berbanding RM0.53 bilion pada tahun kewangan 2019, peningkatan impresif sebanyak 500 peratus," katanya.
Menurut Top Glove, kumpulan itu memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) RM8 bilion untuk tempoh enam tahun akan datang daripada tahun kewangan 2021 sehingga 2026 yang akan memberikan kapasiti tambahan sebanyak 100 bilion keping sarung tangan kepada syarikat.
"Capex sebanyak RM8 bilion itu akan dilaburkan dalam kapasiti baharu, menambah baik kemudahan pembuatan sedia ada, loji pensterilan gama, bank tanah untuk pengembangan pada masa depan, pendigitalan Industri 4.0 dan meningkatkan kemudahan pekerja kami," katanya.
Top Glove akan terus memperluaskan kapasitinya dan memenuhi permintaan sarung tangan global agar meningkat daripada paras pra-COVID iaitu kira-kira 10 peratus setahun kepada 15 peratus setahun bagi pasca COVID-19.
"Ini berikutan peningkatan penggunaan dalam sektor perubatan dan bukan perubatan serta kesedaran yang meningkat terhadap kebersihan," katanya.
Kilang pertama syarikat itu di Vietnam iaitu Factory 41 dijangka beroperasi pada Oktober 2020 dengan kapasiti pengeluaran awal kira-kira 2.4 bilion keping sarung tangan daripada 10 barisan pengeluarannya.
Top Glove berkata ia terlibat secara aktif dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat dan menunjukkan perkembangan baik untuk keluar daripada Perintah Larangan Pelepasan (WRO) yang dikenakan AS, dengan lebih awal.
"Unjuran bagi syarikat itu dan industri sarung tangan terus menunjukkan isyarat kejayaan pada masa akan datang. Berikutan COVID-19, Top Glove menganggarkan permintaan terhadap sarung tangan akan meningkat 20 peratus setahun pada 2020, 25 peratus pada 2021 dan 15 peratus bagi pasca COVID-19," katanya.
Ia menjangkakan pesanan jualan daripada 195 negara maju dan negara membangun di seluruh dunia akan meningkat disertai kapasiti pertumbuhan yang pantas, manakala peningkatan produktiviti yang signifikan menerusi teknologi adalah baik kepada syarikat itu pada masa depan.
"Permintaan yang kukuh bagi sarung tangan di peringkat global telah memperkukuh ekonomi Malaysia dalam tempoh yang sukar ini, dengan Top Glove meningkatkan pengambilannya dan menyokong industri," katanya.
Pada tahun lepas, syarikat itu mengambil 4,000 individu terdiri daripada 1,500 kakitangan tempatan dan 2,500 pekerja tempatan.
Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Lim Wee Chai berkata prestasi dicatatkan syarikat, yang tidak pernah berlaku sebelum ini menunjukkan keberkesanan inisiatif penambahbaikan dipacu teknologi yang sedang dilaksanakan dengan tumpuan kepada kualiti dan kecekapan kos.
Langkah itu juga membolehkan mereka memenuhi peningkatan permintaan sarung tangan, katanya sambil memaklumkan mereka akan berusaha lebih gigih untuk menghasilkan lebih banyak produk berkenaan.
Bernama
Thu Sep 17 2020

Wee Chai berkata prestasi dicatatkan syarikat, yang tidak pernah berlaku sebelum ini menunjukkan keberkesanan inisiatif penambahbaikan dipacu teknologi yang sedang dilaksanakan. -Bernama

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara salur peruntukan RM1.55 juta bagi penyediaan PPE
Sehingga 4 Jan lepas, sebanyak 176,043 unit PPE disiapkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Presiden baharu AS | Reaksi berbelah bahagi di Asia Barat
Ada yang sambut baik. Ada yang pesimistik. Itu reaksi yang peroleh di rantau Asia barat terhadap pelantikan Joe Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat.

Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia hasil sumbangan Profesor - MPN
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

Misi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air dihentikan
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air yang terhempas awal bulan ini, pada Khamis.

Bangunan syarikat pengeluar vaksin terbesar dunia terbakar
Sebuah bangunan dalam pembinaan milik pengeluar vaksin terbesar dunia, Serum Institute of India musnah dalam kebakaran pada Khamis. Situasi itu berkemungkinan merencatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.

Kesihatan global | WHO sambut baik penyertaan semula Amerika
Antara perintah pertama Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat adalah untuk menyertai semula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selepas bekas Presiden Donald Trump umum Amerika menarik diri daripada pertubuhan itu tahun lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perlekeh darurat: Azwan Ali dipanggil Bukit Aman bantu siasatan
Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nyanyian Lady Gaga dipuji, tapi Amanda Gorman lebih menyinar
Amanda Gorman, 22, merupakan penyajak termuda yang dijemput dalam acara angkat sumpah presiden AS.

Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.

COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

James Corden hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali ini, Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Namun, perkara itu bukan sindiran kepada Trump, sebaliknya bagi menghormati lafaz sumpah yang dibuat oleh Presiden AS sebelum ini.

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Tahniah rakanku!" Ucapan Barack Obama kepada Biden
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS ke-46.