awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
28/10/2025
02:10 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2040/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2135 pada penutupan Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perjanjian ditandatangani itu dijangka memberi impak positif kepada ringgit berikutan Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dengan negara asing.
"Dasar luar negara dan perdagangan secara konsisten menjurus ke arah menggalakkan integrasi global yang lebih besar terutamanya dalam bidang berkaitan rantaian bekalan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata, indeks dolar AS menurun 0.17 peratus kepada 98.783 mata dalam persekitaran optimisme bahawa AS dan China akan mencapai perjanjian perdagangan yang baik menjelang pertemuan antara kedua-dua pemimpin pada hari Khamis ini.
Pada masa sama, jangkaan penurunan kadar faedah 25 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Rabu turut menambah euforia dalam pasaran.
"Berikutan optimisme pasaran, ringgit diunjur melepasi paras RM4.20 hari ini," katanya.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.7538/7606 daripada 2.7550/7582 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6077/6211 daripada 5.6158/6225, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8981/9097 daripada 4.8974/9032.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Mata wang tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2433/2513 daripada 3.2460/2502 ketika ditutup pada Isnin, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 252.9/253.6 daripada 253.1/253.6 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.13/7.16 daripada 7.14/7.16 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.8767/9145 daripada 12.8633/8837 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#perjanjian perdagangan AS-Malaysia
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan