KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd sekali lagi mencatatkan prestasi kewangan bersejarah apabila keuntungan bersihnya mencecah paras tertinggi bagi suku pertama berakhir 30 November, 2020 dengan melonjak 20 kali ganda kepada RM2.38 bilion daripada RM111.43 juta pada suku yang sama sebelum ini.
Perolehan turut melonjak 293 peratus untuk mencecah prestasi tertinggi pada RM4.76 bilion daripada RM1.21 bilion bagi tempoh yang sama, dipacu oleh permintaan kukuh terhadap sarung tangan di pasaran membangun dan pesat membangun berikutan pandemik global COVID-19 yang berlarutan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove menjelaskan, keuntungan lebih positif itu disumbangkan oleh keluaran jualan lebih tinggi, tahap penggunaan yang meningkat sekali gus menambah baik kecekapan pengeluaran, serta harga jualan purata lebih tinggi sejajar dengan penetapan pasaran.
"Selain itu, kecanggihan teknologi yang ada ke arah inisiatif automasi dan pendigitalan, pembangunan bakat yang berkesan serta peningkatkan inovasi, kualiti dan produktiviti juga mendorong keuntungan lebih baik," menurutnya.
Syarikat itu juga mengumumkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 16.5 sen sesaham, boleh bayar pada 11 Januari, 2021 untuk memberi ganjaran kepada kira-kira 100,000 pemegang saham awam.
Setakat 30 November, 2020 syarikat itu berada pada kedudukan tunai bersih RM3.45 bilion.
Selain itu, Top Glove menjelaskan, pihaknya memperuntukkan RM10 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, iaitu dari tahun kewangan 2021 hingga tahun kewangan 2025, yang akan melonjakkan kapasitinya dengan 100 bilion keping sarung tangan lagi.
Top Glove kekal berharap vaksin untuk menangani penularan pandemik itu berjaya dibangunkan berdasarkan laporan pembangunan dan kemajuan yang dicatatkan baru-baru ini.
"Walapun vaksin berjaya dibangunkan, sarung tangan masih diperlukan untuk ujian dan pengendalian vaksin," menurutnya.
Ia menambah sebelum pandemik, permintaan sarung tangan global telah meningkat sekitar 10 peratus, dan ini dijangka terus bertambah dengan stabil, didorong oleh asas-asas pasaran yang kukuh di semua negara.
"Walaupun permintaan akan stabil selepas pandemik, permintaan tidak akan kembali kepada paras sebelum pandemik berlaku kerana kesedaran mengenai kepentingan kebersihan juga meningkat," menurutnya.
Mengenai prospek, Top Glove menjangkakan permintaan sarung tangan terus meningkat 20 peratus pada 2020; 25 peratus pada 2021 dan 15 peratus selepas pandemik berakhir.
"Pertambahan pesanan jualan yang stabil daripada pelanggan setia di 195 negara di seluruh dunia, di samping rancangan peningkatan kapasiti dan penambahbaikan kualiti, produktiviti dan kecekapan dipacu teknologi menjadi petanda baik bagi prestasi syarikat dalam melangkah maju," menurutnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Top Glove sekali lagi catat prestasi kewangan bersejarah apabila keuntungan bersihnya mencecah paras tertinggi bagi suku pertama berakhir 30 November, 2020 dengan melonjak 20 kali ganda. - Gambar fail REUTERS

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.

COVID-19: Top Glove disaran beri suntikan vaksin kepada semua pekerja
Top Glove disaran beri suntikan vaksin Covid-19 kepada semua pekerja

Top Glove sedia labur RM165 juta bina, beli kediaman pekerja baharu
Ketua Kawalan Kewangan Top Glove, Melissa Cheoh berkata pelaburan tersebut akan disediakan untuk membeli dan membina infrastruktur di Banting dan Klang yang akan menampung 10,000 pekerja.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Top Glove tawar 9,000 kerja untuk rakyat Malaysia tahun ini
Top Glove tawar 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini.

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Pengawal keselamatan Top Glove berada pada tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital - KKM
Lelaki warga Nepal berkenaan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi paru-paru kesan jangkitan COVID-19.

Keuntungan saham perbankan, Top Glove lonjakkan bursa untuk ditutup tinggi
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39.

Top Glove dijangka buka semula operasi kilang di Klang dalam masa dua hingga tiga minggu
Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu.