awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA buka lebih banyak pasaran kepada syarikat tempatan - Mustapa

Bernama
Bernama
25/10/2015
12:58 MYT
TPPA buka lebih banyak pasaran kepada syarikat tempatan - Mustapa
MUSTAPA: Jika Malaysia menyertai TPPA, syarikat di negara ini akan menerima layanan istimewa dari segi duti import dan eksport daripada rakan-rakan dagang TPPA.
Syarikat Malaysia berpeluang untuk memasarkan produk mereka ke lebih banyak pasaran jika negara memilih untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata akses kepada pasaran yang lebih luas melalui TPPA amat membantu syarikat tempatan meneroka pasaran baharu di luar negara.
"Pada tahun lepas, pelaburan syarikat Malaysia di luar negara berjumlah RM520 bilion berbanding pelaburan syarikat asing di Malaysia sebanyak RM470 bilion.
"Secara realitinya, syarikat Malaysia lebih banyak melabur di luar negara daripada syarikat asing melabur di negara ini," katanya pada majlis taklimat mengenai TPPA di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mustapa berkata kira-kira separuh daripada nilai pelaburan syarikat tempatan di luar negara adalah melalui Petronas, termasuk di Kanada iaitu antara negara yang dijangka menyertai TPPA.
Katanya jika Malaysia menyertai TPPA, syarikat di negara ini akan menerima layanan istimewa dari segi duti import dan eksport daripada rakan-rakan dagang TPPA berbanding bukan anggota perjanjian perdagangan itu.
Beliau berkata TPPA juga akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan yang lebih menarik.
Katanya rundingan TPPA telah selesai di Atlanta, Amerika Syarikat pada 5 Okt lalu selepas lima tahun berunding, namun ia belum ditandatangani dan perlu dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu.
Teks perjanjian itu dijangka diterima dalam tempoh terdekat ini dan dibahaskan di Parlimen seawal-awalnya Januari tahun depan, katanya.
Sebanyak 12 negara menyertai rundingan TPPA iaitu Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada dan Malaysia.
Kesemua negara yang terlibat dalam rundingan itu mempunyai 800 juta penduduk dengan 40 peratus pengeluaran dunia.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#pasaran baharu
#syarikat tempatan
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan