awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA: Pengguna akan nikmati barangan berkualiti lebih murah

Najib Aroff
Najib Aroff
04/02/2016
10:37 MYT
TPPA: Pengguna akan nikmati barangan berkualiti lebih murah
"Sudah pasti peniaga yang ingin berjaya, mereka perlu melalui persaingan yang sewajarnya. tidak boleh hendak berniaga tetapi tidak mahu bersaing." - Foto Bernama
Pengguna bakal menikmati manfaat besar di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui aliran masuk barangan berkualiti tinggi ke pasaran domestik pada harga lebih murah.
“Kebaikan akhirnya akan datang kepada kita, pengguna. Kita dijangka mempunyai akses, membeli barangan yang harganya lebih rendah dan kualitinya lebih tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.
“
akan masuk barangan berkualiti tinggi dari negara lain. Itu faedah utama yang perlu kita iktiraf
”
- Wan Saiful
“Sebab sudah pasti peniaga yang ingin berjaya, mereka perlu melalui persaingan yang sewajarnya. Tidak boleh hendak berniaga tetapi tidak mahu bersaing. Itu cabaran yang terpaksa dihadapi peniaga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya cabaran utama adalah persaingan bagi perniagaan di mana sokongan kerajaan amat penting bagi memastikan kelangsungan komuniti perniagaan dalam berdepan pasaran yang lebih terbuka.
Wan Saiful berkata tempoh ratifikasi selama dua tahun amat penting untuk memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bersiap sedia.
Sementara itu Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid berkata tumpuan utama adalah memastikan faedah TPPA dimanfaatkan sepenuhnya.
zakariah
kalau kita dapat lakukan penyesuaian dalam tempoh dua tahun ini, tempoh retifikasi ini, kita akan dapat memaksimakan manfaatnya.
"Kalau kita dapat lakukan penyesuaian dalam tempoh dua tahun ini, tempoh ratifikasi ini, kita akan dapat memaksimakan manfaatnya." - Dr Zakariah
“Sama ada memaksimakan bila kita bersaing di pasaran luar, atau ahli TPPA yang bersaing dalam pasaran kita. Ini bergantung kepada langkah reformasi yang mesti kita laksanakan,” katanya sambil menambah PKS merupakan sektor yang perlu diberi tumpuan khusus.
Tumpuan itu katanya termasuk membantu mereka meningkatkan produktiviti, kajian dan pembangunan serta tahap kemahiran.
Topic Berkaitan
#IDEAS komen TPPA
#Manfaat TPPA
#MIER
#MITI
#Pengguna nikmati harga barangan lebih rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan