Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) tidak akan mengurangkan peranan Talent Corporation Malaysia Berhad (Talentcorp), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Pada masa sama tegas beliau, Kerajaan akan meneruskan usaha memperkasa Talentcorp.

"Sebaliknya, usaha Telentcorp akan ditingkatkan lagi untuk membantu merealisasikan manfaat daripada TPPA.

"Talentcorp membantu memenuhi keperluan modal insan dari sektor utama," katanya semasa Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai TPPA di Parlimen di sini hari ini.

BACA: Institut penyelidikan TPPA dicadang ditubuhkan

BACA: TPPA: 'Saya bimbang nasib Bumiputera' - Shafie Apdal

BACA: Sikap anti-multinasional hanya merugikan Malaysia - Mustapa

Beliau yakin perjanjian dua hala akan terus meningkat dengan permeteraian TPPA.

"Ia juga diyakini akan menarik pelaburan asing FDI. Kemasukan FDI seperti negara Amerika Syarikat adalah penting perkhidmatan Talentcorp memudah cara kemasukan expatriat melalui pas penggajian ditingkatkan.

Dengan adanya peluang perolehan baru hasil daripada TPPA, peranan Talencorp dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan akan beralih kepada kepakaran tinggi.

Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai TPPA disambung dengan beberapa Ahli Parlimen membahaskan usul yang dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa.

Jika TPPA diluluskan, 26 pindaaan akan dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang melibatkan negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.

Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terlibat dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015.