KUALA LUMPUR: Trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal pada suku kedua 2023 walaupun pada kadar sederhana antara 2.9 peratus dan 4.2 peratus apabila kesan asas yang tinggi bermula, menurut beberapa bank dan firma penyelidikan.
Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun penuh antara 4.0 dan 5.0 peratus kekal utuh.
Angka unjuran suku kedua 2023 dilihat sebagai sederhana berbanding pertumbuhan KDNK suku kedua 2022 iaitu 8.9 peratus, dipacu oleh peningkatan pasaran buruh, pembukaan semula sempadan dan bantuan dasar.
Ekonomi Malaysia mengembang 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong oleh pertumbuhan menyeluruh merentas semua sektor terutamanya perkhidmatan dan pembuatan, masing-masing meningkat 7.3 peratus dan 3.2 peratus.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid amat yakin dengan prospek prestasi suku kedua 2023 dan mengunjurkan pertumbuhan 4.2 peratus.
Bank Negara Malaysia dijadual mengeluarkan perkembangan ekonomi dan kewangannya untuk tempoh suku kedua 2023 pada 18 Ogos 2023.
Sementara itu, Bank Islam menetapkan unjuran pada 3.7 peratus pertumbuhan KDNK sambil berkata ini akan menandakan pertumbuhan tahun ke tahun paling perlahan sejak suku keempat 2021 apabila kerajaan menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.
"Penggunaan swasta iaitu tunjang utama ekonomi kelihatan kekal teguh, disokong oleh perbelanjaan perayaan, inflasi secara beransur-ansur mereda, keadaan pasaran buruh yang kukuh dan ketibaan pelancong yang bertambah baik.
"Bagaimanapun, kadar pertumbuhan berkemungkinan lebih perlahan dalam keadaan kewangan yang lebih ketat dengan jualan runcit turun kepada 7.8 peratus pada suku kedua 2023 (suku pertama 2023: 19.5 peratus)," kata ketua ekonomi Firdaos Rosli kepada Bernama.
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd pula menganggarkan pertumbuhan KDNK suku kedua 2023 berkembang sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun, diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan, manakala pembuatan dan pertanian berkurangan.
RHB Research menerusi nota penyelidikannya baru-baru ini telah menyemak turun unjurannya kepada 3.5 peratus berbanding anggaran sebelumnya 4.5 peratus berikutan prestasi yang lebih lemah daripada jangkaan untuk kedua-dua aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Dalam notanya, Maybank Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan suku kedua 2023 pada tiga peratus dan mengekalkan jangkaan pertumbuhan KDNK benar sepenuhnya semasa pada 4.5 peratus.
Hong Leong Investment Bank pula memberikan unjuran rendah sedikit iaitu pada 2.9 peratus tahun ke tahun, dipengaruhi oleh penyederhanaan dan penguncupan merentas semua sektor.
Ia juga berkata walaupun penggunaan swasta dijangka menyederhana, ia masih kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
"Kami menjangkakan penyederhanaan dalam sektor pembuatan. Ini dicerminkan oleh kelembapan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian pembuatan pada suku kedua 2023 (+0.1 peratus tahun ke tahun; suku pertama 2023: +3.4 peratus tahun ke tahun).
"Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan dalam aktiviti pembuatan berorientasikan eksport (-1.3 peratus tahun ke tahun; suku pertama 2023: +2.2 peratus tahun ke tahun), di tengah-tengah keadaan aliran perdagangan antarabangsa yang merosot dan pertumbuhan global yang perlahan," katanya.
Bagaimanapun, pengeluaran berorientasikan domestik menunjukkan pengembangan berterusan (+3.6 peratus tahun ke tahun, suku pertama 2023: +6.0 peratus tahun ke tahun), walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan juga dijangka sederhana sejajar dengan jumlah indeks perkhidmatan yang lebih sederhana (+5.0 peratus tahun ke tahun; suku pertama 2023: +8.8 peratus tahun ke tahun.
Sasaran pertumbuhan rasmi 4-5 peratus untuk 2023 masih boleh dicapai
Firdaos Rosli dari Bank Islam berkata walaupun separuh pertama 2023 (1H 2023) mungkin tidak menentu berikutan persekitaran global, ekonomi Malaysia dijangka mampu melayari separuh kedua 2023 dengan isi rumah yang kukuh dan asas ekonomi yang utuh.
"Kami berpendapat sektor domestik masih akan menjadi pemacu utama, dirangsang oleh keadaan pasaran buruh yang stabil yang akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
"Selain itu, kejelasan dasar akan membuka jalan untuk meningkatkan sentimen untuk kedua-dua perniagaan dan pengguna - ini akan menjadi salah satu pemangkin penting untuk pertumbuhan ekonomi," katanya.
Beliau berkata walaupun terdapat cabaran yang timbul daripada bahagian luar, bank itu percaya pertumbuhan setahun penuh Malaysia bagi tahun ini masih boleh dicapai dalam julat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.
Berkongsi pandangan yang sama, firma pembrokeran CGS-CIMB berkata sektor domestik akan terus memacu pertumbuhan pada suku akan datang, dibantu oleh bantuan tunai dan campur tangan harga oleh kerajaan.
Ia juga menjangkakan bank pusat mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus pada akhir 2023 berikutan tekanan inflasi yang berkurangan serta kemungkinan kelembapan ekonomi global menjadi lebih ketara daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Mencergaskan semula sektor pelancongan untuk lonjakkan pertumbuhan
Menurut Mohd Afzanizam, Malaysia terus melihat trend yang menggalakkan daripada sektor berkaitan pelancongan.
"Sebagai contoh, ketibaan pelancong untuk lima bulan pertama telah melonjak 545 peratus kepada 7.5 juta. Trafik penumpang lapangan terbang meningkat dengan ketara sebanyak 91.5 peratus untuk enam bulan pertama kepada 38.8 juta dan kadar penghunian hotel pada 2022 ialah 46.7 peratus berbanding 28.2 peratus pada 2021.
"Pemulihan dalam bidang-bidang ini masih belum mencapai tahap prapandemik, menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan selanjutnya pada separuh kedua 2023.
"Saya menganggarkan KDNK boleh capai 4.5 peratus pada 2023. Saya tidak terkejut jika ia boleh melebihi trajektori sedemikian memandangkan momentum yang sihat dalam permintaan domestik," tambahnya.
Senada dengan Mohd Afzanizam, MIDF Research juga bersetuju peningkatan dalam aktiviti pelancongan dan dasar ekonomi yang menyokong akan terus melonjakkan pertumbuhan KDNK separuh kedua 2023 serta kadar pengembangan 2023 secara keseluruhan.
"Setakat separuh pertama 2023, Malaysia mencatatkan hampir tujuh juta pergerakan penumpang lapangan terbang melalui lapangan terbang tempatan di bawah Malaysia Airports Holdings Bhd pada Jun. Ini adalah 77.4 peratus daripada data penumpang Jun 2019.
"Pergerakan penumpang domestik ialah pada 81.7 peratus daripada tempoh yang sama 2019. Bagi pergerakan penumpang antarabangsa pada Jun 2023, ia masih pulih pada 72.9 peratus daripada tahap prapandemik," katanya menerusi satu nota penyelidikan.
Dalam tempoh prapandemik, 50.7 peratus daripada trafik penumpang lapangan terbang Malaysia disumbangkan oleh perjalanan antarabangsa, 25.0 peratus (Asean) dan 25.7 peratus (destinasi bukan Asean).
Sehingga separuh pertama 2023, pengembara domestik menyumbang 55.3 peratus (purata 2022: 71.7 peratus) berbanding destinasi antarabangsa pada 43.6 peratus (purata 2022: 28.3 peratus), dengan 19.7 peratus adalah bukan Asean dan 23.9 peratus peratus Asean.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan pergerakan penumpang lapangan terbang akan bertambah baik pada 2023, disokong oleh pembukaan semula sempadan oleh China dan Jepun. Pemulihan ke arah tahap 2019 masih jauh perjalanannya walaupun sempadan antarabangsa Malaysia dibuka semula sejak tahun lepas.
"Firma kami berpandangan bahawa trafik penumpang paling awal mencapai tahap 2019 hanya menjelang 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Mohd Afzanizam amat yakin dengan prospek prestasi suku kedua 2023 dan mengunjurkan pertumbuhan 4.2 peratus. - Gambar fail/Bernama
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil, catat pertumbuhan pada 2025
Malaysia mempunyai prospek yang stabil, dengan ekonominya mendapat manfaat daripada pelaburan berterusan dalam pusat data dan pembuatan.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Tatakelola baik, dasar jelas pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Dengan semangat melaksanakan perubahan dan ikhlas berkhidmat, Malaysia berpotensi menjadi antara negara hebat di dunia.