Skip to main content

Sukan

UCL: Cuba lagi Liverpool, Barcelona

Soccer Football - UEFA Champions League - Quarter Final - Second Leg - Liverpool v Paris St Germain - Anfield, Liverpool, Britain - April 14, 2026 Liverpool's Hugo Ekitike reacts after sustaining an injury Action Images via Reuters/Lee Smith
Reaksi Hugo Ekitike selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan UCL antara Liverpool dan Paris St Germain di Anfield, Liverpool, Britain, 14 Apr 2026. REUTERS

LANGKAH dua kelab gergasi dunia, Liverpool dan Barcelona, terhenti apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas masing-masing tewas menerusi agregat dalam perlawanan suku akhir kedua, awal pagi tadi.

Paris Saint-Germain (PSG) mudah menundukkan The Reds dengan agregat penuh 4-0 selepas sentuhan berbisa bintang Perancis, Ousmane Dembele, menewaskan penjaga gol, Giorgi Mamardashvili.

Advertisement

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Arne Slot menerima tamparan hebat susulan kecederaan serius dialami oleh Hugo Ekitike, sekali gus terpaksa berehat panjang dan harus melupakan baki saingan musim ini.

Ia, termasuk menjadikan aksi terakhir Mohamed Salah dalam kancah UCL bersama kelab itu apabila bakal meninggalkan Anfield musim ini.

Dalam perkembangan sama, juara LaLiga, Barcelona, gagal melunaskan misi balas dendam ke atas musuh tradisi, Atletico Madrid.

Meskipun memenangi aksi timbal balik kedua, namun ia belum mampu mengatasi kelebihan tuan rumah yang turut menjaringkan gol penting menerusi Ademola Lookman pada minit ke-31.

Pasukan bimbingan Hansi Flick itu terlebih dahulu berada di hadapan selepas Lamine Yamal dan Ferran Torres mencuri peluang untuk menyamakan kedudukan agregat.

Tetapi, gol Lookman terus meninggalkan kesan mendalam buat pelawat tatkala tidak berjaya mara ke separuh akhir.

Di sebalik kekecewaan itu, rata-rata pemain Barcelona tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan, dan mendakwa beberapa keputusan tidak seimbang serta menjejaskan momentum pasukan itu.

 

 


 

 

Must Watch Video