awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tuntut laluan percuma untuk kapal AS belayar di Terusan Panama, Suez

Bernama
Bernama
27/04/2025
03:50 MYT
Trump tuntut laluan percuma untuk kapal AS belayar di Terusan Panama, Suez
Presiden Donald Trump menegaskan, kapal-kapal AS sepatutnya dibenarkan melalui Terusan Panama dan Suez tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan mendakwa kedua-dua laluan strategik itu wujud hasil usaha Amerika. - Gambar fail
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menegaskan, kapal-kapal AS sepatutnya dibenarkan melalui Terusan Panama dan Suez tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan mendakwa kedua-dua laluan strategik itu wujud hasil usaha AS.
"Semua kapal Amerika, sama ada tentera atau komersial mesti dibenarkan melalui Terusan Panama dan Terusan Suez secara percuma," tulis Trump di platform Truth Social, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Tanpa Amerika Syarikat, terusan-terusan itu tidak akan wujud," katanya sambil mengarahkan Setiausaha Negara, Marco Rubio untuk "segera menguruskan dan mendokumentasikan perkara ini."
Penasihat Keselamatan Negara, Michael Waltz turut menyokong pendirian Trump mengenai Terusan Panama, dengan menyatakan bahawa AS tidak sepatutnya membayar untuk menggunakan terusan yang dibinanya sendiri.
Terusan Panama menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik melalui Panama, manakala Terusan Suez di Mesir menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah, menyediakan laluan maritim terpendek antara Eropah dan lautan India serta Pasifik Barat.
Kedua-dua terusan itu mengenakan yuran transit yang tinggi, bergantung kepada saiz kapal dan jenis kargo, yang boleh mencecah ratusan ribu dolar.
Pada Februari lalu, Panama menarik diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China selepas menerima tekanan dari Washington dan lawatan oleh Rubio.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Terusan Panama
#Terusan Suez
#laluan kapal Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan