KUALA LUMPUR: Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Istanbul dan Kuala Lumpur kepada 14 kali seminggu pada pertengahan Ogos, berbanding 10 kali seminggu pada masa ini.
Pengerusinya Prof Dr Ahmet Bolat berkata syarikat penerbangan Turkiye itu memberi penekanan utama kepada Asia Tenggara khususnya Malaysia sempena ulang tahun ke-10 operasinya di Kuala Lumpur tahun ini.
"Tahun lepas 51 juta orang melawat Turkiye termasuk 88,000 rakyat Malaysia. Jadi saya meminta pengurus saya meningkatkan angka itu kepada 200,000 dalam tempoh yang singkat," katanya kepada pemberita pada majlis "Connect with Turkiye", di sini pada malam Rabu.
Turut hadir ialah Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Bolat berkata Turkish Airlines juga sedang menimbang untuk menambah laluan baharu ke Malaysia bergantung kepada kapasiti pesawatnya.
"Masalah utama kini ialah kekurangan pesawat, dengan beberapa pesawat disimpan oleh Boeing berikutan isu 787," katanya.
Walaupun dua gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye dan meragut hampir 50,000 nyawa bulan lepas, Bolat berkata banyak bahagian negara itu tidak terjejas dan bersedia untuk menyambut lebih ramai pelawat antarabangsa.
Sempena Ramadan, beliau berkata syarikat penerbangan itu menawarkan pakej istimewa ke Istanbul untuk pelancong Malaysia.
"Perjalanan pergi balik untuk dua orang pada harga AS$3,300 merangkumi penginapan lima hari di Istanbul. Jika anda menunaikan umrah (semasa Ramadan), anda disyorkan untuk melawat Istanbul sebelum pulang (ke Malaysia)," katanya.
Bolat berkata Turkish Airlines mempunyai kumpulan 400 pesawat yang terbang ke 342 destinasi di lebih 129 negara. Syarikat penerbangan itu merancang untuk menambah 100 lagi pesawat menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Syarikat penerbangan Turkiye itu memberi penekanan utama kepada Asia Tenggara khususnya Malaysia sempena ulang tahun ke-10 operasinya di Kuala Lumpur tahun ini. - Fail/REUTERS

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Turkish Airlines tambah penerbangan mingguan Istanbul-KL pada pertengahan Ogos
Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Istanbul dan Kuala Lumpur kepada 14 kali seminggu pada pertengahan Ogos, berbanding 10 kali seminggu pada masa ini.

Gempa bumi Turkiye: Turkish Airlines pindahkan 27,000 penduduk
Syarikat penerbangan Turki Turkish Airlines akan memindahkan kira-kira 27,000 penduduk dari kawasan yang paling terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda tenggara negara itu.

Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung
Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung.

Wanita paling tinggi dunia terpaksa baring dalam pesawat
Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya.

Kru kabin diserang penumpang, pesawat Turkish Airlines mendarat cemas
Sebuah pesawat Turkish Airlines menuju ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dilaporkan mendarat cemas, semalam.

Turkish Airlines tambah penerbangan ke Kuala Lumpur
Peningkatan kekerapan penerbangan terus itu akan menarik lebih ramai pelawat dari seluruh rangkaian Turkish Airlines ke negara ini.

Wanita Afghan lahirkan anak dalam pesawat evakuasi UK
Kelahiran bayi itu dicatatkan ketika pesawat berada pada ketinggian 30,000 kaki.

AirAsia.com, Turkish Airlines bekerjasama manfaatkan potensi perjalanan antarabangsa
airasia.com dapat manfaatkan destinasi Turkish Airlines yang komprehensif dan mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa.

Turki sambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa
Beberapa hari akan datang, Turki dijangka meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke 40 negara.

COVID-19: 117 Kes positif di Singapura, 81 dibenarkan pulang
Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini ialah 117.