Emeriah Arab Bersatu (UAE) terus berusaha membahagikan kekayaan dari Abu Dhabi kepada kawasan lain di dalam negara tersebut.

Abu Dhabi selaku Emeriah terbesar, menyimpan rizab minyak terbesar dengan rizab 10 peratus minyak dunia.

Kekayaan terus mengalir masuk melalui skim bebas cukai yang membenarkan syarikat multinasional dan bank gergasi bertapak di situ.

Namun keadaan berbeza di Emeriah lain.

Di Umm al-Quwain yang terletak di utara, kehidupan masih tradisional dan taraf kehidupan masih jauh berbeza berbanding Abu Dhabi.

Namun kerajaan mula mengambil langkah aktif merapatkan jurang tersebut. Pada Jun 2012, UAE membuka saliran minyak Fujairah dengan kerjasama China yang akan membawa separuh minyak eksport ke Emeriah
Fujairah.