Ringkasan AI
- Cik B memaklumkan pemergian bapanya, Mohd Amin Yasin, yang meninggal dunia pada Sabtu.
- Berita duka itu dikongsikan Cik B menerusi Threads dan Instagram Story, meluahkan kesedihan atas kehilangan tersebut.
- Punca kematian dan butiran lanjut mengenai pemergian Allahyarham belum didedahkan setakat ini.
KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Cik B berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya, Mohd Amin Yasin, yang dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen meluahkan rasa sedih dan mengakui tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya susulan berita berkenaan.
Lebih meruntun hati, pemergian bapanya berlaku pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida.
“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa.
“Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagiaan, tetapi saya dalam kesedihan. Al-Fatihah,” tulisnya.
Bintang Talk To My Manager (TTMM) itu turut berkongsi berita pemergian bapanya menerusi Instagram Story miliknya.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai punca kematian atau butiran pemergian Allahyarham.