UBER dilapor mengemukakan tawaran sehingga €10 bilion (kira-kira RM46 bilion) untuk mengambil alih Delivery Hero, syarikat induk kepada perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda.
Delivery Hero dalam kenyataan mengesahkan pihaknya menerima tawaran rasmi tersebut daripada Uber baru-baru ini.
Sebelum ini, Uber merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Delivery Hero dengan pegangan sekitar 19.5 peratus.
Setakat ini, pengurusan Delivery Hero belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.
Jika pengambilalihan itu berjaya, Uber akan memperoleh akses lebih luas kepada rangkaian perkhidmatan penghantaran makanan global, termasuk operasi Foodpanda di Malaysia.