Anak syarikat milik penuh United Malayan Land Bhd (UMLand), Tentu Teguh Sdn Bhd (TTSB), mensasarkan kadar pengambilan sebanyak 75 peratus untuk projek Johor Halal Park yang berkeluasan 141.64 hektar menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TTSB dan Johor Halal Park, Mohd Noor Abd Salam berkata terdapat pelabur-pelabur yang berminat dari Singapura, Jepun, Korea, Taiwan dan China.
"Sehingga ke hari ini, kami memberi tumpuan penuh kepada negara-negara di Timur Jauh tetapi akhir-akhir ini, kami turut menerima pertanyaan dari Timur Tengah dan Eropah.
"Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.2 bilion, tanah perindustrian milik bebas yang telah ditetapkan untuk perniagaan berasaskan bio dan bakal diiktiraf sebagai Hab Halal HALMAS pada Mac, ini merupakan tawaran yang unik kepada para pelabur yang berpotensi," katanya.
Dengan status HALMAS, pengendali, peneraju industri dan penyedia perkhidmatan logistik akan dapat menikmati insentif bagi membantu syarikat sedia ada serta mereka yang berminat dalam industri halal.
HALMAS merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengendali Taman Halal yang berjaya mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bagi pembangunan taman halal.
Ia juga menjadi tanda kecemerlangan kepada taman-taman industri yang mempunyai kualiti-kualiti yang patut diberikan perhatian, iaitu pengeluaran produk halal yang bermutu tinggi, integriti serta keselamatan.
UMland dan Kerajaan Negeri Johor melalui J-Biotech Holdings Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian usaha sama di sini sempena pengoperasian dan pengurusan Johor Halal Park yang terletak di Pasir Gudang, Johor.
Upacara itu telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam.
"Majlis tandatangan hari ini merupakan satu tanda aras yang baharu, sebagai penunjuk kepada bakal pelabur bahawa Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta akan bekerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
"Gabungan perniagaan berasaskan bisnes halal dan bio merupakan perkongsian pintar dan ia mempunyai potensi besar," kata Mohd Noor.
Bernama
Fri Feb 19 2016
Upacara menandatangani perjanjian usaha sama antara Tentu Teguh dan J-Biotech yang disaksikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
UMLand sasarkan pengambilan sebanyak 75 peratus di Johor Halal Park
Anak syarikat UMLand, Tentu Teguh Sdn Bhd, mensasarkan kadar pengambilan sebanyak 75 peratus untuk projek Johor Halal Park yang berkeluasan 141.64 hektar menjelang akhir tahun ini.
Johor sasar penyertaaan 10 syarikat dalam program Bio-PKS
Johor Bioteknologi dan Biodiversiti Corporation (J-Biotech) sasar penyertaan 10 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam program khusus, Bio-PKS.