KUALA LUMPUR:UMW Holdings Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM101.28 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2020 (3QFY20), berbanding kerugian bersih RM78.44 juta yang dicatatkan pada suku tahun kedua (2QFY20) sebelum ini.
Prestasi positif ini disumbang ketiga-tiga segmen perniagaan utamanya yang mencatatkan peningkatan selaras pelonggaran terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.
Pendapatan kumpulan itu melonjak 74 peratus kepada RM2.66 bilion daripada RM1.53 bilion pada suku sebelumnya.
Dari tahun ke tahun, keuntungan bersih kumpulan turun lapan peratus daripada RM110.29 juta yang dicatatkan pada 3QFY19, apabila pendapatan meningkat lebih tinggi pada RM2.89 bilion.
Presiden UMW Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, berkata syarikat itu secara beransur-ansur mencatatkan hasil kewangan yang lebih baik dengan pelonggaran PKP, selain inisiatif untuk mengoptimumkan kos yang berterusan oleh kumpulan itu menghasilkan peningkatan yang berterusan kepada pendapatan.
"Penjualan automotif kumpulan itu meningkat berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan terhadap kenderaan unit pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan siap sepenuhnya (CBU), berkuat kuasa pada 15 Jun hingga 31 Disember," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pendapatan segmen automotif melonjak 93.1 peratus suku ke suku kepada RM2.13 bilion yang membawa keuntungan sebelum cukai RM131.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM41.7 juta suku sebelumnya.
Bagi segmen peralatan pula, pendapatan meningkat 27.3 peratus suku ke suku kepada RM297 juta daripada RM233.2 juta sementara keuntungan sebelum cukai meningkat 38.1 peratus kepada RM34 juta kerana permintaan meningkat untuk produk dan perkhidmatan segmen tersebut.
Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menjangkakan penjualan domestik komponen automotifnya akan terus meningkat berikutan pengecualian cukai penjualan yang diberikan kepada jualan kenderaan sehingga akhir tahun, ditambah dengan kadar faedah yang lebih rendah.
Astro Awani
Wed Nov 25 2020

Prestasi positif ini disumbang ketiga-tiganya segmen perniagaan utamanya yang mencatatkan peningkatan.

Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa ugut belah kepala, cederakan isteri
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata dan bibir selepas ditampar serta dihentak ke dinding oleh tertuduh.

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Kes rasuah RM2 juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April
Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Sentiasa waspada, tingkatkan keselamatan dalam talian anda - CFM
Pengguna harus bersikap proaktif dalam melindungi keselamatan dalam talian mereka.

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Ubah mekanisme, perkemas kaedah pengeluaran produk sawit - Pedagang
Langkah itu bagi mengelakkan pengeluaran produk sawit terjejas jika berlaku kekurangan guna tenaga buruh susulan pandemik COVID-19.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

UMW Holdings catat keuntungan bersih RM101.3 juta suku ketiga 2020
Prestasi positif ini disumbang ketiga-tiganya segmen perniagaan utamanya yang mencatatkan peningkatan.

#SmileOnMalaysia: UMW agih 28,000 pelitup muka untuk golongan kurang berkemampuan
Ia sebahagian kempen UMW 'Smile On, Malaysia' untuk membantu rakyat Malaysia terus bertahan dalam masa-masa yang sukar dan mencabar ini.

UMW laksana pendekatan serampang dua mata kurangkan kesan COVID-19
Sokongan perolehan syarikat akan didorong tiga segmen perniagaan teras, iaitu automotif; peralatan; serta pembuatan dan kejuruteraan.

UMW namakan Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden, CEO kumpulan
UMW Holdings Bhd melantik Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan (P/GCEO) berkuat kuasa esok.

UMW Holdings catat peningkatan keuntungan bersih 32 peratus
Peningkatan ini antara lain, disumbang pendapatan segmen Pembuatan dan Kejuruteraan yang meningkat 26 peratus.

'Sayangi Malaysiaku' cara Dr Padmashini
Bermula 8 pagi, Dr Padmashini Kalimuthu telah siap menunggu di rumah panjang Nanga Sugai bagi kedatangan pesakit dari rumah panjang itu serta beberapa rumah panjang berhampiran.

UMW tawar RM918.5 juta bagi tingkatkan kepentingan dalam Perodua
UMW Holdings Bhd merancang untuk meningkatkan kepentingan strategiknya dalam Perodua daripada 38 peratus kepada 70.6 peratus.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi pasaran serantau.

UMW lantik Hamad Kama Piah sebagai Pengerusi
UMW Holdings Bhd melantik bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Jan, 2017.

PNB sokong pelan gabungan UMW dengan syarikat lain
Gabungan itu merupakan peluang kepada UMW Holdings kerana ia akan membantu syarikat itu mengharungi cabaran dalam industri minyak dan gas.