awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Uzma peroleh kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell

Bernama
Bernama
26/01/2023
00:00 MYT
Unit Uzma peroleh kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell
Kontrak tersebut melibatkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell. -Gambar fail/www.uzmagroup.com
KUALA LUMPUR: Anak syarikat 70 peratus milik Uzma Bhd, Malaysian Energy Chemicals and Services Sdn Bhd (MECAS) menerima kontrak bernilai RM40 juta daripada Sarawak Shell Bhd.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas itu menjelaskan kontrak tersebut melibatkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell.
"Tempoh kontrak itu adalah lima tahun berkuat kuasa 20 Jan, 2023 hingga 19 Jan, 2028," menurutnya.
Uzma menambah, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023 dan tahun-tahun kewangan seterusnya sehingga kontrak itu tamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uzma Bhd
#Malaysian Energy Chemicals and Services Sdn Bhd
#MECAS
#Sarawak Shell Bhd
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan