Unjuran pengurangan defisit fiskal Malaysia dalam Bajet 2017 kepada 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 daripada anggaran 3.1 peratus pada 2016 menunjukkan keseimbangan antara dasar fiskal berhemat dan usaha yang menyokong pertumbuhan, kata RAM Ratings.
Agensi penarafan itu berkata, walaupun Bajet 2017 menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal, kadar dijangka perlahan dengan peningkatan tekanan ke atas pendapatan.
Pendapatan fiskal hanya dijangka pada 16.6 peratus daripada KDNK pada 2017, lebih rendah daripada purata 20.2 peratus bagi 2010-2015, katanya.
"Jumlah yang lebih kecil itu disebabkan terutamanya oleh peruntukan lebih rendah bagi perbelanjaan terhadap bekalan dan perkhidmatan setelah peratusan daripada KDNK pada 2016 dan 2017, menunjukkan usaha fiskal penyatuan," kata Ketua Penarafan Negara RAM Ratings Esther Lai dalam satu kenyataan pada Rabu.
Emolumen, subsidi dan bantuan sosial tetap menjadi ciri-ciri penting yang mungkin melebihi jumlah wang yang diperuntukkan memandangkan tempoh akhir pilihan raya umum akan datang pada Ogos 2018, katanya.
Walaupun defisit fiskal boleh dicapai, kerajaan menghadapi risiko hasil cukai korporat yang lebih rendah dalam keadaan pertumbuhan ekonomi lembap dan pengenalan insentif cukai baru-baru ini untuk syarikat-syarikat serta perusahaan kecil dan sederhana, kata RAM Ratings.
Bagaimanapun, ia menyatakan kemungkinan peningkatan hasil sehingga 0.2 peratus daripada KDNK daripada sumber berkaitan minyak dan gas, memandangkan andaian harga minyak purata konservatif kerajaan pada US$45 setong.
RAM Ratings berkata beban hutang kerajaan persekutuan diunjur pada anggaran 54.4 peratus daripada KDNK pada akhir 2016. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
RAM Ratings berkata, walaupun Bajet 2017 menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal, kadar dijangka perlahan dengan peningkatan tekanan ke atas pendapatan.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
S&P Global kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia
S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing 'A-' jangka panjang dan A-2' jangka pendek di Malaysia.
Kredit Malaysia kekal mantap di tengah-tengah pemulihan ekonomi - RAM Ratings
RAM Ratings berkata profil portfolio penarafannya kekal teguh dengan kira-kira 80 peratus mendapat penarafan AA3 atau lebih tinggi.
Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.
Fitch sahkan Malaysia pada 'A-', momentum pertumbuhan berterusan
Fitch Ratings mengesahkan penarafan ingkar penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil.
Dasar monetari Malaysia efektif, kata Moody's
Jumlah pelabur institusi domestik dan aset asing bersih negara yang besar juga menjadi penampan kukuh daripada kejutan kewangan.
Kerajaan akan teruskan usaha tingkat asas-asas ekonomi - Wahid Omar
Kerajaan akan meneruskan usahanya bagi meningkatkan asas-asas ekonomi negara bagi mengukuh serta mengekalkan status penarafan yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa.
'Biar berbeza ideologi politik, jangan burukkan nama negara' - Timbalan Menteri Kewangan
Timbalan Menteri Kewangan berkata agensi penarafan bukan sahaja melihat nilai fundamental malah isu-isu lain yang memberi gambaran imej negara.