awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan

Agensi
Agensi
23/12/2025
23:00 MYT
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Anggota tentera berjalan selepas pengebom berani mati mensasarkan ibu pejabat pasukan separa tentera Pakistan di Peshawar, Pakistan pada 24 Nov 2025. - Gambar Reuters
PESHAWAR: Lima anggota polis Pakistan terbunuh pada Selasa (23 Dis) selepas van yang dinaiki mereka diserang dalam satu serangan gabungan bom dan tembakan di barat laut negara itu, menurut pihak polis wilayah ketika Pakistan berdepan kebangkitan semula keganasan militan.
Kumpulan Taliban Pakistan yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Kumpulan itu telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Pakistan sejak hampir dua dekad lalu.
Menurut polis, kenderaan mangsa terlebih dahulu terkena letupan alat peledak buatan sebelum penyerang melepaskan tembakan, mengorbankan empat anggota dan pemandu.
Pihak berkuasa memaklumkan pasukan keselamatan kemudian menumpaskan lapan militan yang terlibat dalam serangan tersebut.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengecam serangan itu dan menegaskan polis sentiasa berada di barisan hadapan dalam memerangi keganasan.
Serangan berlaku di daerah Karak, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kawasan yang sebelum ini jarang menjadi sasaran serangan besar berbanding bahagian lain wilayah berkenaan.
Insiden ini berlaku ketika hubungan Pakistan dan Afghanistan semakin tegang susulan peningkatan keganasan.
Islamabad menuduh militan menggunakan wilayah Afghanistan untuk merancang serangan, dakwaan yang dinafikan Kabul dengan menyatakan isu keselamatan Pakistan adalah masalah dalaman negara itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#pakistan-afghanistan
#polis Pakistan maut
#serangan bom
#kumpulan Taliban
#Tehreek-e-Taliban Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan