AEON Credit Service (M) Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 13.2 peratus kepada RM300.06 juta pada tahun kewangan berakhir 28 Feb, 2018, berbanding RM265.03 juta pada tahun lepas.
Katanya jumlah perolehan turut naik kepada RM1.24 bilion, meningkat 12.1 peratus berbanding RM1.10 bilion sebelum ini.
"Bagi suku keempat tahun kewangan 2018, perolehan meningkat kepada RM309.17 juta berbanding RM290.84 juta pada suku tahun sama pada tahun kewangan 2017.
"Keuntungan bersih naik kepada RM82.31 juta berbanding RM80.05 juta dicatatkan pada suku tahun sama sebelum ini," menurut AEON Credit.
Penyedia kredit itu berkata pertumbuhan dalam aset dan perolehan didorong oleh prestasi yang kukuh daripada pembiayaan motosikal dan kad kredit.
"Jumlah transaksi dan pembiayaan bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM4.05 bilion dan pembiayaan belum terima sebanyak RM7.16 bilion, meningkat 11.1 peratus berbanding RM6.44 bilion pada tahun kewangan 2017," katanya.
AEON Credit berkata berdasarkan kepada pelaksanaan pelan perniagaannya dan unjuran ekonomi yang menggalakkan bagi tahun ini, syarikat menjangka prestasi kewangan semasanya kekal pada tahun kewangan 2019.
Ia mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 20.00 sen sesaham bagi tahun kewangan 2018 untuk kelulusan pemegang saham, dengan pembayaran dividen sebanyak 34.0 peratus daripada keuntungan bersih tahunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 27 2018
AEON Credit Service (M) Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 13.2 peratus.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Perolehan AEON Credit susut 10.7% bagi Q4FY22
Penurunan itu juga terpampang pada tahun kewangan berakhir 28 Februari 2022 (FYE22) yang menunjukkan penyusutan 2.4%.
Untung bersih AEON Credit naik 13.2 peratus pada tahun kewangan 2018
AEON Credit Service (M) Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 13.2 peratus.