Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 melonjak kepada RM86.23 juta daripada RM46.34 juta yang direkodkan pada suku sama 2019.
Perolehan meningkat kepada RM179.78 juta daripada RM123.96 juta bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2020 keuntungan bersih syarikat itu melonjak 62 peratus kepada RM151.0 juta daripada RM93.2 juta yang dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya, didorong perolehan operasi lebih tinggi, yang meningkat 33.6 peratus kepada RM320.7 juta daripada RM240 juta.
"Sementara itu, perbelanjaan operasi keseluruhan pada separuh pertama 2020 naik 3.7 peratus kepada RM127.1 juta daripada RM122.6 juta pada separuh pertama 2019 berikutan kos tenaga kerja dan teknologi yang lebih tinggi. Ia merupakan prestasi kewangan bagi separuh tahun pertama yang tertinggi sejak penyenaraian pada 2005," menurutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muhamad Umar Swift berkata usaha berterusan untuk meningkatkan kerancakan pasaran dan mudah tunai memberi impak positif.
"Kami menyaksikan penyertaan runcit yang besar dan mencatatkan dagangan tertinggi dalam sejarah Bursa iaitu 12.5 bilion pada 20 Jun, 2020. Kemunculan golongan millennial dalam pasaran juga amat memberangsangkan dan keadaan itu menjadi sesuatu yang sememangnya kita berusaha mencapainya.
"Kami akan terus memperkenalkan inisiatif baharu dan memperkemas tawaran produk, seperti memperluas rangkaian saluran dan platform dagangan bagi meningkatkan kelancaran digital di Bursa Malaysia untuk generasi baharu pelabur," katanya.
Beliau berkata Pulangan ke atas Ekuiti dan Pendapatan Sesaham tahunan masing-masing sebanyak 39 peratus dan 18.7 sen telah membolehkan lembaga pengarah mengumumkan dividen interim sebanyak 17.0 sen, yang tertinggi sejak disenaraikan pada 2005.
Bernama
Tue Jul 28 2020
Perolehan meningkat kepada RM179.78 juta daripada RM123.96 juta bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Media main peranan sumber maklumat kerajaan kepada isu rakyat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pengamal media mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan laporan.
Faisal alami kelecuran tahap empat, enam bulan pemulihan
Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad.
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan
Malaysia adalah sebuah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
863 polis, tentera dan pasangan akan mula mengundi awal
Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), hari ini.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Faisal Halim mungkin tak dapat beraksi lima atau enam bulan - Shahril
Shahril berkata, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami
Difahamkan, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk, pada 28 April lalu.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan Bersih - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
AMK sambut baik usaha agenda reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik usaha konstruktif berkaitan agenda reformasi selaras dengan idealisme dan perjuangan parti.
Himpunan Bersih terkawal, enam Ahli Parlimen terima memorandum
Mohammed Taufiq memaklumkan pihak kerajaan komited dalam memenuhi tuntutan yang dibuat oleh Bersih dan rakan-rakan NGO yang lain.
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Perhimpunan anjuran Bersih itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
Bersih tetap adakan perhimpunan, hantar notis di IPD Dang Wangi
Bersih akan menghantar permohonan berhubung penganjuran Perhimpunan Tuntut Reformasi 100 Peratus kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Pengampunan Najib: Pemuda UMNO bidas Bersih
Pemuda UMNO berkata, pendirian NGO itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.