KUALA LUMPUR: Untung bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 susut 19.5% kepada RM100.5 juta daripada RM124.8 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Penurunan itu terutamanya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi apabila lebih banyak cawangan dibuka pada suku berkenaan, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Jumaat.
Di sebalik cabaran akibat pandemik COVID-19, pendapatan kumpulan pada suku semasa meningkat 4% kepada RM905.2 juta daripada RM870.19 juta bagi tempoh sama 2021 dipacu pembukaan cawangan baharu yang meningkat sebanyak 20% kepada 947.
Jumlah transaksi pada suku semasa itu juga meningkat 8.1% kepada 32.3 juta daripada 29.9 juta.
Bagi tempoh itu, rangkaian cawangan kumpulan berkembang sebanyak 47 merentasi 3 jenama dengan 44 cawangan baharu MR DIY, 2 cawangan MR Dollar dan 1 cawangan MR Toy.
Setakat ini, kumpulan memiliki 841 cawangan MR DIY diikuti 55 cawangan MR Toy dan 55 cawangan MR Dollar.
Kumpulan merancang untuk membuka lagi 133 cawangan baharu merentasi semua jenama dalam tahun ini.
Aliran tunai dan imbangan tunai kumpulan kekal kukuh pada suku pertama 2022, dengan aliran tunai bersih daripada operasi berjumlah RM79.6 juta manakala nisbah penggearan bersih kekal selesa pada 0.01 kali, berkurangan dengan ketara berbanding suku pertama 2021 berikutan pembayaran balik pinjaman selanjutnya pada suku tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong berkata, kumpulan telah mencapai kemajuan yang ketara sejak 2 tahun lalu walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk pandemik, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos input dan pengangkutan serta kelemahan mata wang.
Bagaimanapun, katanya, kumpulan positif dengan masa depan, memandangkan negara beralih kepada fasa endemik pada 1 April lalu, penarikan semula sekatan pergerakan dan kadar vaksinasi yang tinggi.
"Kami yakin dalam keadaan sedemikian, kumpulan akan dapat memenuhi pertumbuhan jangka panjang dan nilai yang mampan kepada pihak berkepentingan kami," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat May 14 2022
Untung bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 susut 19.5% kepada RM100.5 juta daripada RM124.8 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. - Foto Facebook/mrdiy2u
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Pembukaan 180 cawangan baharu dijangka pacu pertumbuhan pendapatan Mr DIY
Penganalisis CGS-CIMB Research, Walter Aw berkata, kumpulan menyasarkan untuk membuka 180 cawangan baharu pada 2022 bagi mengakhiri tahun ini dengan 1,080 cawangan.
MR DIY sertai konstituen FBM KLCI menggantikan Supermax
Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2021 dan kajian seterusnya akan berlangsung menjelang Disember tahun ini.
MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.