KUALA LUMPUR:Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd merosot kepada RM212.66 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept 2020 daripada RM239.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.
Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata syarikat itu menjangkakan wujud sedikit impak kepada volumnya pada suku akan datang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.
"Memandangkan pandemik ini akan kekal menjadi cabaran yang berterusan, kami telah mempercepatkan kepelbagaian portfolio produk agar perniagaan terus bertahan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menerusi penyelesaian VPS, Petronas Dagangan kini berkeupayaan menghantar LNG menggunakan trak yang dilengkapi tangki kriogenik, menyediakan akses tenaga bersih kepada industri yang tidak dihubungkan dengan infrastruktur gas asli di Semenanjung Malaysia.
"Petronas Dagangan kini turut memasarkan LNG sebagai pilihan bahan bakar lebih bersih kepada industri marin susulan selesainya operasi pemindahan pengisian LNG kapal ke kapal yang pertama daripada MV Avenir Advantage, kapal pengisian LNG (LBV) pertama Petronas ke SIEM Aristotle di Pasir Gudang, Johor yang dicapai menerusi kerjasama dengan Titan LNG.
"Baru-baru ini juga iaitu pada Oktober, Petronas Dagangan melancarkan Makan@Mesra, sudut kedai makan baharu yang menawarkan makanan premium yang mudah, segar dan seimbang dengan harga yang berpatutan untuk menguasai pasaran yang lebih besar.
"Asas kami kekal kukuh dan kami akan terus memperluaskan tawaran kami untuk memenuhi permintaan dalam norma baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Hasil berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen. -Gambar fail/Reuters

Jawatankuasa Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Arahan bekerja dari rumah masih kekal - Ismail Sabri
Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan [TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893740/8967789641614873142506_640x360.jpg)
[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Keuntungan selepas cukai Petronas turun 78 peratus bagi tahun kewangan 2020
Jika tidak termasuk rosot nilai, PETRONAS catat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM10.5 bilion, penurunan sebanyak 78 peratus

Petronas temui minyak di Jawa Timur, Indonesia
PC North Madura II adalah pengendali dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC North Madura II.

Penemuan baharu sumber gas di pesisir pantai, Sarawak bincang dengan Petronas
Dua telaga terbabit dikenali telaga penilaian penerokaan Lang Lebah-2 di Blok SK410B (PSC) dan di telaga Dokong-1 di Blok SK417.

Keputusan kewangan korporat yang lebih baik dorong Bursa dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

Petronas temui minyak di telaga eksplorasi Dokong-1
Penemuan minyak bebas pencemaran di Dokong-1, di perairan cetek Baram berhampiran pantai Sarawak.

Petronas sumbang RM1.2 trilion sejak 1976 kepada pembangunan negara
Sumbangan itu termasuk kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kutipan cukai dan pembayaran royalti minyak.

Petronas akan terus berusaha harungi segala cabaran mendatang
Susut nilai atau penurunan berlaku disebabkan harga minyak yang tidak menentu, yang telah menjejaskan kunci kira-kira Petronas sepanjang 2020.