Untung pracukai Hong Leong Bank Bhd meningkat 24.1 peratus kepada RM637 juta untuk suku pertamanya berakhir 30 Sept, 2012 daripada RM514 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Jumlah pendapatannya mengukuh kepada RM1,003 juta daripada RM905 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Kumpulan itu berkata yang jumlah pendapatan yang lebih baik adalah ekoran pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi yang menyumbang 27.4 peratus daripada jumlah pendapatan berbanding 17.9 peratus sebelumnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Yvonne Chia berkata kumpulan itu memulakan tahun kewangan dengan kukuh dan untung bersih meningkat sebanyak 19.5 peratus kepada RM478 juta daripada suku sebelumnya tahun lepas dengan pendapatan bukan faedah yang tinggi dan kecekapan operasi yang lebih baik.
"Bank mengguna pakai sepenuhnya Standard Pelaporan Kewangan Malaysia untuk kali pertamanya, berkuat kuasa daripada tahun kewangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengenai tinjauan perniagaan, Chia berkata ekonomi global dijangka terus mengalami pertumbuhan perlahan dengan suasana tidak menentu di ekonomi-ekonomi maju, sambil menambah yang ekonomi serantau di Asean dijangka berkembang baik, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh.
"Dengan meningkatnya saingan dan landskap yang pesat berubah, kami akan terus melabur untuk mentransformasikan teknologi dan operasi di kedua-dua cawangan perbankan dan saluran digital," kata beliau.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Hong Leong Islamic Bank Bhd melaporkan kenaikan 26 peratus dalam keuntungan pracukainya kepada RM87.0 juta untuk suku pertama berakhir 30 Sept, 2012 daripada RM69.3 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Jumlah pendapatan bersihnya menambah 18 peratus kepada RM132.8 juta daripada RM112.8 juta sebelumnya.
Bank terus mengekalkan tinjauan positif untuk industri perbankan Islam dan yakin mampu mengukuhkan keupayaan dan kekuatan untuk mengembangkan portfolio perbankan korporat dan pelaburannya.
Bernama
Wed Nov 14 2012

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Hong Leong Bank umum dua pelantikan utama
Hong Leong Bank Bhd (HLBB) mengumumkan pelantikan Foong Pik Yee sebagai Ketua Pegawai Kewangannya dan Jean Yap sebagai Ketua Serantau.
Untung pracukai Hong Leong Bank naik 24.1%
Untung pracukai Hong Leong Bank Bhd meningkat 24.1 peratus kepada RM637 juta untuk suku pertamanya berakhir 30 Sept, 2012 daripada RM514 juta dalam suku yang sama tahun lepas.