awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi

Bernama
Bernama
15/10/2023
06:00 MYT
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi
Menurut Fahmi, beberapa pandangan daripada penggiat seni telah diterjemahkan melalui Belanjawan 2024 dan itu hanyalah permulaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi dalam ciapan di X hari ini berkata beberapa pandangan daripada penggiat seni telah diterjemahkan melalui Belanjawan 2024 dan itu hanyalah permulaan.
Beliau memasukkan petikan akhbar yang bertajuk 'Inisiatif Belanjawan 2024 rancak peluang pekerjaan' menggambarkan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, berterima kasih kepada Fahmi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mendengar serta menunaikan pelaksanaan segala yang diusulkan penggiat seni.
"Ini yang terbaik setakat ini selepas aduan demi aduan dibuat kepada menteri berbeza sebelumnya," kata Zed Zaidi dalam petikan tersebut.
Fahmi berkata Zed Zaidi antara yang kritikal dengan beliau di awal pelantikannya sebagai Menteri Komunikasi dan Digital.
"Melalui sesi Townhall yang diadakan sejurus saya dilantik sebagai Menteri, saya dapat peluang mendengar sendiri pandangan dan cabaran anak seni, termasuk daripada Zed," katanya.
Pada 16 Mac lalu, industri seni telah mengadu kepada Fahmi tentang duti hiburan 25 peratus yang terlalu tinggi.
"Respons saya, ini akan dibincangkan bersama Kementerian Kewangan," katanya.
Jumaat lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pengurangan duti hiburan kepada 10 peratus (artis antarabangsa) dan 0 peratus (artis tempatan).
Fahmi berkata dalam tempoh 10 bulan di Kementerian Komunikasi dan Digital, pelbagai cadangan yang diterima dan pelbagai masalah didengari.
"Tidak mudah untuk tunaikan semua, tapi saya perlu mulakan. Alhamdulillah, permintaan pemain industri seni ditunaikan. Duti hiburan dikecualikan bagi persembahan artis tempatan.
"Insya-Allah satu demi satu permasalahan industri ini akan saya selesaikan dengan mandat yang diamanahkan," katanya.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#industri kreatif
#Fahmi Fadzil
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan