Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berpendapat usahawan Bumiputera akan mendapat manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Namun, strategi yang lebih agresif perlu diambil bagi mempertingkatkan daya saing mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Husni Salleh.
"TPPA akan memberi peluang dan cabaran kepada semua, bukan sahaja Bumiputera. Tetapi kita perlu mencari strategi yang lebih agresif menjadikan TPPA sebagai platform kepada usahawan bumiputera bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.
Husni berkata perlu ada pendekatan seperti meluaskan lagi dasar "carve out" dengan penekanan kepada syarikat yang berdaya saing dan berpotensi tinggi untuk mengambil peluang terbaik dalam TPPA.
"Kita perlu hadapi cabaran untuk menjadi lebih peka kepada persekitaran serta peluang, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga diluar negara. Banyak syarikat Bumiputera hanya tertumpu kepada pasaran domestik," katanya pada Taklimat Kad Laporan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2015 terbitan Teraju, di sini, pada Selasa.
Laporan tersebut dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum menyampaikan taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.
Husni berkata, analisis kos faedah TPPA yang dibuat dan diteliti oleh antaranya, PriceWaterHouseCoopers dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), menunjukkan bahawa peluang yang dibawa TPPA mengatasi cabarannya.
Setakat ini, katanya, kebanyakan analisis kos faedah juga menunjukkan bahawa secara amnya usahawan Bumiputera tidak akan menerima impak yang besar daripada TPPA.
"Kita juga dapati bahawa kita perlu beri penekanan kepada meningkatkan eksport Bumiputera kerana kurang 10 peratus daripada syarikat Bumiputera mengeksport atau mempunyai usaha sama luar negara," katanya.
Menurutnya lagi, insentif sedia ada diharapkan boleh menjadikan syarikat bumiputera lebih kompetitif dan mendapat pendedahan yang lebih besar.
"Kita dapati melalui syarikat teras, banyak syarikat kita telah menembusi pasaran di luar negara. Sebab itu kalau boleh kita mahu pastikan kesemua syarikat Bumiputera dapat masuk dalam Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras)," katanya.
Husni berkata, Teraju dan agensi berkaitan dalam pembangunan usahawan Bumiputera mendapat pengecualian penuh daripada syarat-syarat di bawah TPPA.
"Kita masih belum muktamadkan soal syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan di bawah bab perusahaan milik negara (SOE), di mana kajian masih dibuat di peringkat Khazanah Nasional," katanya.
Beliau berkata kajian tersebut dijangka dibentangkan pada Januari nanti.
Bernama
Wed Dec 09 2015
Usahawan Bumiputera dapat manfaat dalam TPPA -Foto fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Usahawan Bumiputera akan dapat manfaat TPPA - Teraju
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berpendapat usahawan Bumiputera akan mendapat manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).