awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uzma raih projek solar skala besar bernilai lebih RM100 juta daripada Nextenaga

Dagang News
Dagang News
10/05/2022
04:30 MYT
Uzma raih projek solar skala besar bernilai lebih RM100 juta daripada Nextenaga
Uzma Nexus berjaya meraih kontrak bernilai RM101,827,000 bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan projek berskala besar berkapasiti 29.99MWac daripada Nextenaga. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya, Uzma Nexus Sdn Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM101,827,000 bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan projek berskala besar berkapisiti 29.99MWac daripada Nextenaga Sdn Bhd.
Penerimaan kontrak itu menyaksikan Uzma Nexus melantik Suria Infiniti Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan Uzma untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan menerusi surat lantikan yang diterima pada 29 April 2022.
"Kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam, struktur, reka bentuk, sistem solar, struktur pemasangan solar, sistem penyaman udara SPP dan keterhubungan.
"Ia juga melibatkan kerja-kerja keterhubungan Tenaga Nasional Berhad (TNB), penyambungan Pencawang Masuk Utama dan sistem keselamatan selaras dengan ketetapan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, pada Isnin.
Uzma Nexus perlu menyiapkan kerja-kerja itu dan menyerahkannya kepada Nextenaga pada 31 Disember 2022 bagi membolehkan tarikh mula beroperasi (IOD) dan tarikh operasi komersial (COD) menjelang 9 Mac 2023.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 dan sehingga tamat kontrak.
Bagaimanapun, projek itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham syarikat kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Uzma Nexus
#Nextenaga
#projek solar skala besar bernilai lebih RM100 juta
#Suria Infiniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan