awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC

Amanz
Amanz
21/05/2024
02:40 MYT
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
AI Recall akan memahami konteks dengan melihat lokasi GPS serta pengecaman wajah untuk memaparkan hasil carian yang diingini pengguna. - Foto Amanz
SERENTAK dengan pengumuman Surface baharu serta kategori Copilot+ PC pagi ini, Microsoft turut memberikan beberapa ciri baharu yang akan tiba pada Windows 11.
Paling menarik ialah Windows Recall yang mengingati kesemua aktiviti dan lokasi fail pada PC pengguna.
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi. Pengguna boleh bertanya di mana lokasi sesebuah fail yang dimuat turun secepat kilat.
Ia turut boleh mengingati emel tertentu yang dihantar menggunakan Outlook.
Laman web yang dilayari oleh pengguna juga boleh dicari semula dengan bertanya kepada Recall dan memberikan konteks yang diperlukan.
Ia juga boleh disuruh mencari gambar ketika bercuti misalnya dengan insan tertentu.
AI Recall akan memahami konteks dengan melihat lokasi GPS serta pengecaman wajah untuk memaparkan hasil carian yang diingini pengguna.
Bagi yang paranoid, kesemua memori Recall disimpan di dalam PC dan tidak dihantar ke awanan.
Di sinilah kemampuan cip NPU pada AI PC dan Copilot+ PC digunakan untuk melakukan tugasan AI secara terbina.
Pengguna boleh mematikan atau menjeda Recall jika tidak diperlukan. Mereka juga boleh menghadkan apakah aktiviti yang boleh direkodkan.
Turut diperkenalkan oleh Microsoft pagi ini ialah Cocreator yang merupakan AI generatif yang menjana imej berdasarkan lakaran yang diberikan oleh pengguna. Isu dengan penjana imej AI ialah ia terlalu rawak tanpa kawalan komposisi imej akhir.
Pengguna CoCreator boleh melakukan lakaran kasar dan imej akhir akan dijana menggunakan lakaran manual oleh pengguna.
Akhir sekali ialah Restyle Image di dalam aplikasi Photos. Pengguna boleh mengarahkan aplikasi untuk mengubah gaya gambar asal dengan pilihan seperti Anime, Fantasy, Surrealism dan banyak lagi.
Sebuah imej baharu boleh dijana tanpa pengguna menghabiskan masa beberapa jam melakukannya sendiri di dalam aplikasi Photoshop.
Kesemua ciri di atas akan diproses di dalam mesin oleh NPU pada cip yang digunakan pada Copilot+ PC.
Sumber Microsoft
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Windows Recall
#Restyle Image
#Cocreator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan