Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Datuk Fahmi Fadzil (tengah) dan Anthony Loke (kiri) ketika hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa perlu dijalankan secara menyeluruh dan bukan sambil lewa, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong menegaskan perlunya usaha menyeluruh dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa, serta memperkukuh tatakelola.
- Titah tersebut dianggap sebagai peringatan tegas kepada semua pihak, termasuk Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk menjadi contoh dalam usaha memerangi rasuah.
- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan keperluan untuk menangani kemudaratan dalam talian, termasuk isu deepfake dan penyalahgunaan kecerdasan buatan, serta memastikan persekitaran digital lebih selamat.
"Titah Seri Paduka Baginda seharusnya menjadi pengingat tegas kepada semua, sama ada yang terlibat atau pernah melakukan rasuah. Kita yang dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti menjadi contoh dan berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Walaupun titah Tuanku hanya sekitar 15 hingga 18 minit, ia sangat padat dan sarat dengan pesanan serta peringatan, termasuk arahan jelas kepada pihak kerajaan dan badan penguat kuasa untuk mengambil tindakan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri istiadat berkenaan hari ini.
Mengulas bidang tugasnya, Fahmi berkata beliau menjunjung titah Sultan Ibrahim berkaitan usaha menangani kemudaratan dalam talian, termasuk isu deepfake dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).
Beliau menegaskan kerajaan mahu memastikan persekitaran digital lebih selamat sejajar dengan capaian Internet yang kini lebih laju, murah dan meluas.
Pada masa sama, Fahmi berkata kerajaan perlu meneliti proses perolehan dan tatakelola, termasuk kemungkinan penggunaan sistem digital yang lebih telus dan terbuka untuk menambah baik proses sedia ada.
"Mungkin penggunaan sistem digital yang lebih telus dan terbuka akan membantu menambah baik proses sedia ada, dan ini memerlukan penelitian lebih mendalam," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditekankan oleh Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15? A: Sultan Ibrahim menekankan perlunya usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa secara menyeluruh serta tegas.
- Q: Apakah yang disifatkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, sebagai peringatan tegas kepada semua pihak? A: Titah Sultan Ibrahim disifatkan sebagai peringatan tegas kepada semua, sama ada yang terlibat atau pernah melakukan rasuah, agar Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara menjadi contoh dalam memerangi rasuah.
- Q: Apakah bidang tugas yang ditekankan oleh Fahmi berkaitan usaha menangani kemudaratan dalam talian? A: Fahmi menekankan usaha menangani isu deepfake dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) serta memastikan persekitaran digital lebih selamat.
- Q: Apakah arahan jelas yang diberikan kepada pihak kerajaan dan badan penguat kuasa berdasarkan titah Sultan Ibrahim? A: Sultan Ibrahim memberikan arahan jelas kepada pihak kerajaan dan badan penguat kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang isu rasuah.
- Q: Mengapakah Fahmi menyebut perlunya penelitian lebih mendalam terhadap proses perolehan dan tatakelola, termasuk penggunaan sistem digital yang lebih telus? A: Fahmi menyebut perlunya penelitian lebih mendalam terhadap proses perolehan dan tatakelola serta kemungkinan penggunaan sistem digital yang lebih telus untuk memastikan penambahbaikan proses yang sedia ada.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

