awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xiaomi menjadualkan pengenalan teknologi EV pada minggu ini

Amanz
Amanz
25/12/2023
02:15 MYT
Xiaomi menjadualkan pengenalan teknologi EV pada minggu ini
Dengan memasuki pasaran kereta elektrik, Xiaomi akan bersaing bukan sahaja dengan Tesla, tetapi juga beberapa jenama lain tempatan di China, termasuk BYD. - Foto Amanz
XIAOMI merupakan nama yang tidak asing dalam penawaran telefon pintar dan beberapa aksesori lain seperti gelang tangan pintar dan produk rumah pintar.
Sebelum ini, Xiaomi turut sedia mengumumkan penubuhan bahagian khusus untuk pembangunan kereta elektrik pintar, yang dijangka dipasarkan seawal 2024 kelak.
Terbaru, CEO Xiaomi mengumumkan mereka akan berkongsi pelancaran teknologi kereta elektrik di bawah Xiaomi secara rasminya minggu ini, pada 28 Disember ini.
Kita berkemungkinan besar akan mendengar berkenaan pelbagai integrasi teknologi dan kecerdasan buatan yang akan disertakan oleh Xiaomi pada kenderaan elektrik akan datang mereka.
Sebelum ini sendiri, beberapa gambar telah didedahkan memperlihatkan rekaan awal kenderaan berkenaan.
Dengan memasuki pasaran kereta elektrik, Xiaomi akan bersaing bukan sahaja dengan Tesla, tetapi juga beberapa jenama lain tempatan di China, termasuk BYD.
Sama-sama kita nantikan hari Khamis ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penawaran kenderaan oleh Xiaomi kelak.
Topic Berkaitan
#Xiaomi
#EV
#kenderaan elektrik
#kereta elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan