KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 336 orang daripada 119 keluarga pada 8 malam ini berbanding 258 orang daripada 89 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang semalam.
Kenyataan itu menyebit daripada jumlah dipindahkan itu, seramai 181 orang adalah golongan dewasa serta warga emas manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.
“Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.
-- BERNAMA