awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YKGI, Sarawak HDC bangunkan bersama projek perumahan mampu milik bernilai RM271.62 juta

Bernama
Bernama
21/02/2023
04:42 MYT
YKGI, Sarawak HDC bangunkan bersama projek perumahan mampu milik bernilai RM271.62 juta
ADSB akan bersama-sama membangunkan projek rumah mampu milik bernilai RM271.62 juta dengan Sarawak Housing Development Corporation (HDC). -https://foursquare.com/
KUALA LUMPUR: Unit milik tidak langsung YKGI Holdings Bhd (YKGI Holdings), ASteel Development Sdn Bhd (ADSB) akan bersama-sama membangunkan projek rumah mampu milik bernilai RM271.62 juta dengan Sarawak Housing Development Corporation (HDC).
ADSB ialah anak syarikat milik penuh ASteel Resources Sdn Bhd, sebanyak 80.36 peratus dimiliki oleh YKGI.
YKGI Holdings dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata projek pembangunan itu akan merangkumi tiga fasa iaitu 426 unit rumah bertanah Sri Pertiwi (334 unit perantaraan dan 92 unit sudut), 484 unit pangsapuri mampu milik Sri Pertiwi dan 96 unit pangsapuri Spektra Medium mampu milik dengan kemudahan komuniti di tanah HDC di Sungai Tengah, Kuching.
"ADSB akan merancang, mereka bentuk, membina dan menyiapkan rumah Sri Pertiwi, pangsapuri Sri Pertiwi dan pangsapuri Spektra Medium dengan infrastruktur dan kemudahan dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh kelulusan rasmi projek oleh pihak berkuasa perancang negeri," katanya.
YKGI Holdings berkata projek itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih kumpulan dan ADSB sepanjang tempoh projek tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#YKGI Holdings
#ASteel Development
#Housing Development Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan