MADRID: Hampir 10,000 orang di bandar peranginan Palma, Pulau Mallorca, Sepanyol, menyertai perhimpunan hujung minggu yang diadakan di bawah sepanduk "Pelancong Balik Rumah!" untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pelancongan berskala besar, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ramai yang membawa plakad bertulis "Katakan basta!" dan "Mallorca bukan untuk dijual!" pada perhimpunan pada Sabtu malam.
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu walaupun terdapat kekurangan penempatan untuk kediaman penduduk.
Semua laporan menggambarkan perhimpunan itu sebagai bersejarah, dan salah satu demonstrasi terbesar yang pernah diadakan di Mallorca.
Para penunjuk perasaan termasuk ramai keluarga dengan anak-anak, pelajar sekolah, pelajar universiti dan warga emas serta kesatuan sekerja, kumpulan alam sekitar dan kumpulan warganegara lain.
Pelancongan adalah penting untuk Mallorca tetapi ramai yang mengatakan hanya segelintir yang mendapat manfaat, sementara majoriti besar yang bekerja dalam sektor itu bergelut dengan pekerjaan bergaji rendah sambil menghadapi kekurangan perumahan untuk kediaman, kesesakan lalu lintas, bunyi bising dan sampah.
Kepulauan Balearic termasuk Pulau Mallorca mempunyai populasi hampir 1.2 juta. Jumlah pengunjung meningkat kepada hampir 18 juta pada tahun lepas dengan 14.4 juta datang dari luar negara. Perhimpunan ini dianjurkan selepas sebuah restoran runtuh pada Khamis, menyebabkan empat orang maut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Orang ramai memegang sepanduk bertulis 'Mallorca bukan untuk dijual', ketika mengambil bahagian dalam protes terhadap pelancongan besar-besaran di pulau itu, di Palma de Mallorca, Sepanyol, 25 Mei 2024. REUTERS
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Protes: Petani Belgium sekat lebuh raya berdekatan sempadan Jerman
Hampir 50 traktor dan dinding yang diperbuat daripada bale jerami telah diletakkan di atas jalan raya.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Ribuan tuntut genosid di Gaza dihentikan dalam protes menjelang pilihan raya AS
Gelombang protes tercetus sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang semakin meningkat oleh tentera penjajah Israel terhadap orang awam.
Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025
Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele.
Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin.
Gangguan telekomunikasi di Islamabad susulan protes PTI
Notis yang mengesahkan pelaksanaan Seksyen 144, berkuat kuasa dari 4 hingga 6 Oktober, telah dikeluarkan.
Beribu-ribu bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB
Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
708 terbunuh di Bangladesh semasa protes terhadap pemerintahan bekas PM
Pemberontakan besar-besaran yang diketuai pelajar pada Julai dan Ogos, mengakibatkan penamatan pemerintahan 15 tahun Hasina.
Ribuan turun ke jalanan Tel Aviv tuntut pembebasan tebusan
Protes besar-besaran telah menuntut pemimpin Israel berbuat lebih banyak bagi memastikan semua tebusan dibebaskan.
Pemuda Pas beri amaran turun ke jalanan jika sekat kebebasan bersuara
Pemuda Pas memberi amaran akan melakukan protes jalanan sekiranya kerajaan berterusan menghalang rakyat bersuara menyatakan kebenaran.