10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 6, 2020 15:02 MYT
Januari 6, 2020 15:02 MYT
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Januari 2020.
Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.
Pemberian bantuan dan subsidi secara berterusan tidak akan dapat membantu golongan kurang berkemampuan.
Beberapa pintu masuk negara Asia yang menerima kunjungan dari China mula mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat dari Wuhan, ekoran penularan wabak radang paru-paru dan pernafasan
Ria, yang terkenal dengan filem Pelangi di Hatiku dan Berbagi Suami itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan kepada semua ahli dan pemimpin politik agar menggunakan kebijaksanaan dan bersabar sentiasa berhemah dalam melakukan sebarang aktiviti.
Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan gambar tular mengaitkan dirinya sedang memberikan wang di sebuah tempat beribadah Islam berlaku di Kimanis.
Dalam satu temu bual bersama Straits Times (ST) Singapura, Jho Low mendedahkan negara tersebut mematuhi Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (ECHR).
Pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Aiman Nasrullah Mohamad Arifin berkongsi detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.
Tayar treler pecah dipercayai menjadi punca kemalangan lapan kenderaan di Kilometer 246.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, malam Ahad, yang menyebabkan tiga maut dan sembilan cedera.
Seorang pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes merempuh dan menyeret motosikal yang diparkir di tepi jalan.