Pilihan raya umum (PRU) pada 10 Julai adalah “PRU kiritikal” bagi Singapura kerana lebih banyak cabaran menanti republik itu dan dunia di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong.
“Tidak pernah dalam sejarah kita taruhannya lebih tinggi daripada sekarang. Kita berada di tengah-tengah krisis tetapi sesukar bulan yang lalu, cabaran terbesar adalah di hadapan kita,” kata Lee semasa berucap dalam Rapat Fullerton yang diadakan secara dalam talian dI sini, pada Isnin.
Perdana Menteri kerajaan sementara itu turut menunjukkan bilangan kes COVID-19 global yang terus meningkat dan tiada siapa yang tahu bila pandemik itu akan berakhir atau sama ada penyelesaian yang berkekalan ditemui - sama ada vaksin atau rawatan yang lebih berkesan.
“Kita menghadapi bahaya berterusan terhadap kesihatan awam. Ia juga akan membebankan ekonomi, mungkin setahun atau lebih lama,” katanya.
Lee menyatakan semua pengalaman sejak awal tahun ini telah menjelaskan betapa pentingnya kerajaan yang baik untuk melawan COVID-19, menyokong ekonomi dan keluar daripada krisis dengan utuh.
“Inilah sebenarnya pilihan raya ini - siapa yang anda percayai untuk bersama anda menempuh saat-saat yang sukar di masa hadapan,” katanya.
Hampir setiapPRU sejak kemerdekaan, PAP mengadakan rapat umum di Fullerton setelah pertengahan kempen dan menurut Lee, rapat umum kali ini adalah “suatu kesempatan untuk berhenti sejenak, mengambil tahu apa disampaikan oleh calon setakat ini dan menumpukan semula minda semua orang pada apa yang dipertaruhkan”.
Berikutan COVID-19, parti itu tidak boleh mengadakan perhimpunan fizikal Fullerton tahun ini sebaliknya disiarkan secara maya, tetapi “tujuan saya adalah sama,” kata Lee yang pertama kali mengadakan rapat umum Fullerton pada 1984 ketika beliau menyertai politik 36 tahun yang lalu, pada usia 32.
Berkongsi perjalanan kerjaya politiknya bagaimana beliau mendepani krisis, Lee berkata beberapa bulan selepas pilihan raya Singapura berlaku kegawatan ekonomi pada 1985, diikuti krisis kewangan Asia (1997-1999), Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) (2002-2004) dan krisis kewangan global (2007-2008).
“Setiap satu adalah cabaran yang serius,” katanya dan menambah “apa yang saya tidak jangkakan..yang tiada seorang pun menjangkakan...adalah menghadapi krisis luar biasa ini pada penghujung tempoh kepimpinan saya.”
Lee, satu-satunya yang tinggal dari kelas 1984, berkata: “COVID-19 adalah krisis generasi. Ia adalah lebih kompleks dan berbahaya daripada krisis yang dihadapi sebelum ini.
“Sekali lagi, tidak ada kepastian semuanya akan berjalan lancar. Tetapi kita mesti cekal untuk menggembleng semua tenaga dan sumber kita, memeranginya bersama-sama, agar dapat bangkit lebih teguh”.
Janji Lee, bersama rakan-rakan sekerja yang lebih senior seperti Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam serta barisan menteri generasi keempat (4G) yang lebih muda, beliau bertekad, “untuk mengatasi krisis itu”.
“Saya bertekad untuk menyerahkan Singapura dalam keadaan yang utuh dan dalam keadaan pentadbiran yang baik kepada pasukan seterusnya,” katanya.
Bernama
Mon Jul 06 2020
Lee Hsien Loong sifatkan pilihan raya umum pada 10 Julai sebagai 'kritikal''. - Gambar fail/REUTERS
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.