Skip to main content

Dunia

10 maut, 64 cedera dalam letupan bunga api di festival keagamaan Mexico

Mexico State police inspect the area destroyed by a fireworks explosion by the Santa María Canchesdá church in Temascalcingo, Mexico, Sunday, Sept. 6, 2026. (AP Photo/Ramses Mercado)
Pihak berkuasa Mexico berkata letupan itu berlaku berhampiran Gereja Nuestra Señora de la Luz di komuniti Santa María Canchesdá, dalam perbandaran Temascalcingo di tengah negara itu. -Foto AP
Advertisement

TEMASCALCINGO: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 64 lagi cedera apabila bahan piroteknik meletup semasa festival keagamaan di Negeri Mexico pada Sabtu malam.

Pihak berkuasa Mexico berkata letupan itu berlaku berhampiran Gereja Nuestra Señora de la Luz di komuniti Santa María Canchesdá, dalam perbandaran Temascalcingo di tengah negara itu.

Ketika kejadian, ratusan penduduk dan jemaah sedang berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api tradisional sebelum bahan piroteknik yang disimpan berhampiran gereja meletup dan menyebabkan struktur berhampiran runtuh.

Perbandaran Temascalcingo mempunyai kira-kira 66,000 penduduk dan terletak sekitar 160 kilometer ke barat laut Mexico City.

Sehingga kini, punca sebenar letupan masih belum dapat dipastikan, manakala Pejabat Peguam Negara Negeri Mexico telah membuka siasatan bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran syarat keselamatan atau permit.

Pihak gereja tempatan menerusi Diócesis de Atlacomulco mengesahkan dua paderi paroki adalah antara mangsa yang cedera dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.

 

 

Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan suasana cemas sejurus selepas letupan berlaku, dengan orang ramai meredah kepulan asap tebal dan timbunan serpihan bagi membantu mangsa yang terperangkap.

Insiden melibatkan letupan bahan piroteknik kerap dilaporkan berlaku di Mexico berikutan penggunaan bunga api yang meluas dalam sambutan jalanan dan festival keagamaan tradisional.

Must Watch Video

Advertisement