MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 100 penduduk terbunuh manakala 300 lagi cedera dalam kejadian dua letupan bom di perkarangan bangunan Kementerian Pendidikan di Mogadishu.
Memetik laporan TRT News, Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud mengumumkan angka kematian terbaharu selepas dua kenderaan diisi bahan letupan diletupkan berhampiran persimpangan Zobe yang sibuk diikuti dengan tembakan pada hari sebelumnya.
"Rakyat kita dibunuh termasuk ibu dengan anak mereka berpelukan, bapa yang mempunyai masalah kesihatan, pelajar yang dihantar belajar, ahli perniagaan yang bergelut dengan kehidupan keluarga mereka," kata Presiden Mohamud selepas melawat lokasi kejadian.
Mohamud berkata jumlah mangsa dijangka meningkat dan telah mengarahkan bantuan perubatan segera diberikan kepada mangsa yang cedera, yang mana sebahagiannya dalam keadaan serius.
Jurucakap polis, Sadik Dudishe memaklumkan proses siasatan sedang giat dijalankan.
"Pengganas amat kejam membunuh para ibu. Ada di antara mereka meninggal dunia dengan anak terperangkap di belakang ibu masing-masing," katanya kepada pemberita sambil menambah penyerang mensasarkan pelajar dan orang awam.
Sementara itu, tindakan awal pihak berkuasa berjaya menghalang pengganas tiba ke lokasi sasaran kedua.
Letupan itu turut memusnahkan tingkap bangunan berhampiran dan menyebabkan serpihan, asap dan debu bertebaran udara.
Salah seorang saksi, Abdirahman Ise berkata lokasi kejadian amat sibuk ketika letupan pertama berlaku.
"Saya melihat kepulan asap tebal di kawasan bangunan kementerian dan terdapat kemusnahan besar-besaran," kata seorang lagi saksi, Amino Salad.
Agensi
Sun Oct 30 2022

Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian itu dijangka terus meningkat. - Gambar/AP Newsroom

Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankuasa Keharmonian - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum

Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

100 maut, 300 cedera dalam kejadian letupan kereta
Sekurang-kurangnya 100 penduduk terbunuh manakala 300 lagi cedera dalam dua letupan bom yang diletak di dalam kereta di perkarangan bangunan Kementerian Pendidikan di Mogadishu.